
klik dan layari e-SPLG (Sistem Pengurusan Latihan Guru)
Guru2 diwajibkan melayari link di atas utk mendaftar semua kursus & book review yg telah dilaksanakan...
Muat turun Manual Pengguna e-SPLG (Sistem Pengurusan Latihan Guru)
klik di sini utk download
Translate/Tukar Bahasa
[kata-orang]
Sistem Pengurusan Latihan Guru (SPLG)
Dicatat oleh matehati di 10:17 PG Label: berita guru, guru, Manual Pengguna e-SPLG (Sistem Pengurusan Latihan Guru), Sistem Pengurusan Latihan Guru, SPLGPROSES SEMAKAN DATA GURU BAGI PERTUKARAN GURU ANTARA NEGERI, ANTARA DAERAH DAN DALAM DAERAH JANUARI 2012
Dicatat oleh matehati di 9:13 PTG Label: berita guru, berita pendidikan, EG Tukar, guru, pertukaran guru, Pertukaran Guru Secara Online
PROSES SEMAKAN DATA GURU BAGI PERTUKARAN GURU ANTARA NEGERI, ANTARA DAERAH DAN DALAM DAERAH JANUARI 2012
Guru-guru yang ingin memohon bertukar perlu menyemak maklumat mereka melalui laman web e-GTukar http://apps.moe.gov.my/epgo mulai 08 hingga 26 Ogos 2011.
Login:Bagi guru-guru yang pernah menggunakan sistem e-GTukar sebelum ini, sila guna ID Pengguna dan Kata Laluan sama didaftarkan sebelum ini.
Kursus Kenegaraan Dimansuh: Penjawat Awam Lulus TK1, Aras IV Layak Dipertimbang Anjakan Gaji 2011
Dicatat oleh matehati di 10:58 PTG Label: berita guru, berita pendidikan, BTN, guru, guru malaysia, LNPT, Peperiksaan PTK, PTK
“Kursus Kenegaraan yang menjadi syarat wajib kepada penjawat awam untuk menerima anjakan gaji, dimansuhkan selaras pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Mengikut surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertarikh 17 Februari lalu, kursus kenegaraan dikecualikan kepada pegawai yang lulus PTK di Tahap Kecekapan 1 (TK1) dan pegawai yang mendapat aras IV di TK1, sekali gus melayakkan mereka dipertimbangkan anjakan gaji tahun ini.
Surat edaran bertajuk ‘Pengecualian Syarat Kursus Kenegaraan di TK1 dan Urusan Kenaikan Pangkat Selepas Pemansuhan PTK’ ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah menjelaskan pelaksanaan urusan kenaikan pangkat mulai 1 Januari lalu perlu diselaraskan terutama membabitkan pencapaian PTK.
Katanya, tarikh kenaikan pangkat pegawai yang lulus PTK adalah berdasarkan tarikh memangku atau tarikh lulus PTK iaitu mana yang terkemudian, manakala bagi pegawai yang belum lulus PTK, kenaikan pangkat berkuat kuasa selepas 1 Januari 2011.
Ketetapan itu hendaklah digunakan dalam menetapkan tarikh kenaikan pangkat pegawai yang terbabit ketika memperakukan kepada Lembaga Kenaikan Pangkat yang berkenaan sehingga ketetapan baru dikeluarkan.
“Ketua perkhidmatan atau ketua jabatan dalam menimbangkan pegawai bagi urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat boleh memberi keutamaan kepada pegawai yang lulus PTK tetapi ia juga tertakluk kepada syarat skim, merit, kesesuaian dan kepentingan perkhidmatan serta kriteria lain yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat,” katanya.
Awal bulan lalu, Berita Harian melaporkan dakwaan CUEPACS mengenai beratus penjawat awam yang berhak mendapat kenaikan gaji RM200 hingga RM400 sebulan selepas lulus PTK aras IV tahun lalu, tidak mendapatnya berikutan tindakan Biro Tatanegara (BTN) menghentikan Kursus Kenegaraan.
Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng, dilaporkan berkata penjawat awam terbabit tidak menerima sebarang makluman daripada BTN berhubung kursus itu sehinggalah pihaknya menghubungi mereka dan dimaklumkan kursus berkenaan dihentikan sehingga Jun depan.
Lok yang menghubungi Berita Harian, kelmarin berkata pengecualian kursus kenegaraan akan memberi faedah kepada beribu penjawat awam yang sedang menunggu kenaikan pangkat, tetapi penjawat awam masih terikat dengan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dan perakuan ketua jabatan untuk melayakkan mereka menerima anjakan gaji.”
.....maklumat yang dipetik dari laman web rasmi Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK/NUTP)
Sambutan Hari Guru 2011
Dicatat oleh matehati di 10:27 PTG Label: berita pendidikan, guru, hari guru 2011, lirik lagu hari guru, Tema Hari GuruSarawak Tuan Rumah Hari Guru 2011
PUTRAJAYA – Sarawak akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Guru 2011 peringkat kebangsaan pada 16 Mei ini yang bertemakan “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”.
Tema Hari Guru 2011 itu dilancarkan secara rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran pada perhimpunan Kementerian Pelajaran di sini Selasa.
Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin dalam sistem pendidikan negara, warga kementerian terutama guru memikul cabaran besar yang harus digalas sepanjang masa.
“Sebagai contoh, warga guru perlu membangkitkan kesedaran, ketaatsetiaan kepada negara, memahami konsep Rukun Negara dan kesetiaan kepada kepimpinan,” katanya.
Mereka juga perlu melahirkan modal insan yang beriman, berakhlak mulia, berinterigiti, berilmu, berketrampilan dan sejahtera, kata Muhyiddin.
“Cabaran ini perlu dihadapi dengan berani. Kalau tidak, pasti kita akan berhadapan dengan masalah yang lain,” katanya.
Namun, menurut beliau, cabaran paling besar bagi warga guru dan kementerian adalah dalam usaha menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan negara dalam misi mencapai negara maju menjelang 2020.
“Kita telah melakarkan sejumlah 3.3 juta tenaga kerja baru yang kita boleh jana dalam tempoh 10 tahun akan datang,” kata Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet bagi Pembangunan Modal Insan.
“Ia harus lahir dari sistem pendidikan kita dan siapakah manusia yang hendak kita lahirkan. Kita harus dapat melahirkan sumber manusia bukan sahaja memenuhi keperluan untuk menambah ilmu pengetahuan tetapi mengisi keperluan pembangunan negara secara keseluruhan.”
Malah, katanya, setiap 12 bidang Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) memerlukan tenaga manusia yang terlatih.
“Kita tahu dalam sistem pekerjaan ketika ini 80 peratus diisi oleh anak-anak yang lulus Sijil Pelajaran Malaysia sahaja. Pastinya itu menjadi kekangan besar jika kita mahu tingkatkan kapasiti kemahiran mereka yang terbatas dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran,” katanya.
Kekangan ini jika tidak dileraikan, tidak memungkinkan Malaysia mencapai usaha untuk menjadi negara maju dalam tempoh yang singkat, kata Muhyididin. – BERNAMA
Tema Hari Guru 2011
Dicatat oleh matehati di 10:15 PTG Label: guru, ikrar Hari Guru, LAGU TEMA HARI GURU 2010, lirik lagu Guru Malaysia, lirik lagu hari guru, sajak hari guru, Tema Hari Guru, Tema Hari Guru 2011Tema Hari Guru 2011
"GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"Ikrar Hari Guru
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.
downloads: lagu Guru Malaysia
Lirik lagu ''Guru Malaysia"
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
SAJAK "Guru O Guru"
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
1979
PERMOHONAN PERTUKARAN GURU JUN 2011
Dicatat oleh matehati di 2:11 PTG Label: guru, guru besar, guru cemerlang, guru malaysia, pertukaran guru
Semua permohonan iaitu :
Permohonan Pertukaran Antara Negeri
Permohonan Pertukaran Antara Daerah
dan
Permohonan Pertukaran Dalam Daerah
Adalah secara atas talian (online) Permohonan akan dibuka mulai :
1 April 2011 hingga 27 April 2011
Di Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia
http://apps.emoe.gov.my/epgo atau
http://www.moe.gov.my
Isu Guru Subjek Teras dan Guru Subjek Eklektif
Dicatat oleh matehati di 11:25 PG Label: berita pendidikan, guru, guru cemerlang, guru elektif, guru malaysia, guru teras, pendidik, standard guru malaysiaMeskipun kedua-duanya berperanan sama penting, sikap suka bertanding atau membeza-bezakan antara satu sama lain mampu mencetuskan konflik dan mewujudkan pertelingkahan.
Guru Besar dapat Durian Runtuh
Dicatat oleh matehati di 7:47 PTG Label: berita pendidikan, bonus, ganjaran, guru, guru besar, guru cemerlang, insentif, pendidikan924 guru besar terima insentif RM7,500
PUTRAJAYA: Seramai 924 guru besar dari seluruh negara disenarai pendek untuk menerima insentif sebanyak RM7,500 seorang sebagai ganjaran kerana berjaya meningkatkan prestasi sekolah masing-masing di bawah Tawaran Baru (Bai'ah), demikian diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, berkata seramai 12.1 peratus guru besar berjaya memimpin sekolah untuk melepasi sasaran prestasi ditetapkan iaitu pertambahan sebanyak 600 peratus daripada jangkaan asal sebanyak dua peratus. Katanya, senarai pengetua dan guru-guru sekolah menengah yang layak menerima ganjaran di bawah Tawaran Baru akan diumumkan pada pertengahan tahun ini, dengan kemungkinan awal selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan."Jemaah Nazir sedang membuat pengesahan mengenai prestasi 924 guru besar yang disenarai pendek. InsyaAllah saya akan umumkan senarai guru-guru besar yang layak dalam masa terdekat," katanya pada majlis Perutusan Khas 2011 Kementerian Pelajaran, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. Hadir sama Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong dan Mohd Puad Zarkashi, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr Rosli Mohamed dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud. Muhyiddin mengumumkan Tawaran Baru itu tahun lalu sebagai satu inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan yang menawarkan ganjaran kewangan kepada guru besar dan guru-guru yang berjaya meningkatkan prestasi sekolah melepasi sasaran ditetapkan kementerian. Di bawah tawaran itu, setiap guru besar layak menerima RM7,500 seorang, lima peratus guru paling cemerlang akan menerima RM1,800 seorang dan selebihnya RM900 seorang. Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, seramai 14 orang dikenal pasti untuk menganggotai Jawatankuasa Mengkaji Kurikulum Sejarah bagi mengesyorkan kepada kerajaan cadangan-cadangan menambah baik kandungan kurikulum serta pengajaran dan pembelajaran sejarah di sekolah rendah dan menengah. Beliau berkata, mereka terdiri daripada pakar sejarah termasuk pensyarah universiti, wakil-wakil persatuan serta individu berkelayakan dalam pengajian sejarah dan mesyuarat pertama akan diadakan dalam masa terdekat. "Kita nak pastikan pelajar-pelajar kita memahami bukan sahaja sejarah negara tetapi juga sejarah serantau, antarabangsa dan tamadun-tamadun lain. Maka sudah sampai masa kita meneliti semula (kurikulum sejarah). "Ini mengambil masa kerana kita nanti akan adakan pertemuan dengan pihak berkepentingan dan masyarakat yang berminat selepas jawatankuasa ini mengemukakan draf pandangan mereka tentang kurikulum pembelajaran sejarah akan datang," katanya. Muhyiddin berkata, tidak semestinya akan berlaku perubahan besar terhadap kurikulum sejarah sedia ada, cuma mengambil kira perkembangan baru yang mungkin perlu dimasukkan dalam kurikulum mata pelajran itu. Mengenai penarikan semula 400,000 Buku Teks Bahasa Inggeris untuk Tahun 1 kerana mengandungi pelbagai kesalahan, Muhyiddin berkata, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mengeluarkan buku teks baru bagi menggantikannya. Beliau berkata, sementara buku teks baru itu diedarkan, pembelajaran mata pelajaran itu akan diteruskan dengan menggunakan mana-mana bahagian buku lama itu yang boleh digunakan. Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, secara keseluruhannya beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berpuas hati dengan pencapaian kementerian sepanjang tahun lalu yang berjaya mencapai sasaran terutama dalam bidang Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), Tawaran Baru, Program Literasi dan Numerasi (Linus) dan Prasekolah. Beliau berkata, daripada segi SBT, 30 buah sekolah lagi akan diiktiraf tahun ini, sementara saringan ketiga program Linus, iaitu program yang mengenal pasti tahap kemahiran dan numerasi murid dan melakukan usaha intervensi untuk membantu murid yang gagal menguasainya, mendapati seramai 85 peratus murid Tahun Satu menguasai literasi dan 91 peratus menguasai numerasi. Tahun lalu menyaksikan 20 sekolah diumumkan sebagai SBT. Daripada segi pendidikan prasekolah, seramai 701,114 murid prasekolah didaftarkan tahun lalu, iaitu pertambahan 54,700 murid berbanding 646,575 pada tahun sebelumnya, hasil daripada pembukaan kelas-kelas baru termasuk oleh pihak swasta iaitu sebanyak 625 buah. "Tahun ini kita tetapkan sasaran lebih tinggi untuk keempat-empat perkara terbabit," katanya. sourceberitaonline- BERNAMA
Standrad Guru Malaysia(SGM)
Dicatat oleh matehati di 2:42 PTG Label: guru, instrumen SGM, SGM, SGM offline, SGM online, standard guru malaysiaInstrumen SGM Online
Instrumen SGM boleh diakses terus menerusi URL Berikut http://www.moe.gov.my/sgm . Pengguna perlu mempunyai ID dan katalaluan untuk menggunakan /menjawab instrumen secara Online. Bagi Pengguna baru perlulah mendaftar untuk menggunakan Instrumen secara online ini. [Daftar Pengguna Baru]
Instrumen SGM Ofline
Instrumen secara Ofline juga boleh dilaksanakan dengan menjawab soalan-soalan menerusi klik untuk dowloads
sgm_ofline.xls. Fail tersebut boleh dimuat turun daripada portal ini dan pindahkan ke komputer anda. Pengguna fail ini perlu buat sedikit konfigurasi pada aplikasi excel sebelum menggunakan fail ini. Klik pada tab (Security Setting) untuk kaedah konfigurasi
Instrumen ini dibangunkan bagi membolehkan semua Pengurusan Pendidikan Guru, Warga Pendidik dan bakal guru menilai secara kendiri perkara-perkara yang berkaitan Standard Guru Malaysia terhadap diri masing-masing. Pengguna perlu menjawab semua soalan yang dikemukakan seikhlas mungkin bagi memberi penilaian yang tepat terhadap tahap standard keguruan masing-masing.
Laman web untuk cetak sendiri Gaji
Dicatat oleh matehati di 11:47 PTG Label: berita pendidikan, cetak gaji, gaji, guru, pendidik
Laman web untuk cetak sendiri slip gaji.
klik di sini : http://www.anm.gov.my/
Subjek sejarah menjadi mata pelajaran WAJIB LULUS SPM 2013
Dicatat oleh matehati di 11:34 PTG Label: 2010, berita, berita pendidikan, guru, Kertas Peperiksaan SPM, news, SPMKUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan untuk menaik taraf status Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah tersebut bererti setiap calon perlu lulus mata pelajaran Sejarah sebagai syarat untuk mendapat sijil SPM seperti mana mata pelajaran Bahasa Malaysia sebelum ini.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pada masa ini di peringkat sekolah menengah, mata pelajaran Sejarah adalah mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh semua pelajar.
“Selaras dengan pandangan yang dikemukakan oleh sebahagian besar jurucakap dalam Perhimpunan Agung UMNO, saya mengumumkan bahawa Kementerian Pelajaran memutuskan untuk menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM mulai 2013 seperti mana mata pelajaran Bahasa Malaysia sebagai syarat untuk mendapat sijil SPM,” katanya.
source:kosmo
PERMOHONAN SECARA ATAS TALIAN UNTUK MENDUDUKI PENILAIAN PEMAHAMAN PTK GRED DG54, DG52, DG48, DGA38 DAN DGA34, GRED 26
Dicatat oleh matehati di 11:38 PG Label: guru, Peperiksaan PTK, PTKPERMOHONAN SECARA ATAS TALIAN UNTUK MENDUDUKI PENILAIAN PEMAHAMAN PTK BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN(PPP) GRED DG54, DG52, DG48, DGA38 DAN DGA34 SERTA ANGGOTA KHIDMAT SOKONGAN (AKS) GRED 26 BAGI SESI 2 TAHUN 2010.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan mengadakan Penilaian Pemahaman PTK Sesi 2 Tahun 2010 pada 25 September2010 (Sabtu). Sehubungan itu, calon-calon seperti berikut yang ingin menduduki atau mengulang komponen Penilaian Pemahaman PTK boleh memohon secara atas talian mulai 2 Julai hingga 31 Julai 2010 di alamat seperti berikut : http://apps.emoe.gov.my/bppk/
-Peg. Perkhidmatan Pendidikan Siswazah(PPPS) Gred DG48, DG52 & DG54
-Peg. Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma(PPPLD) Gred DGA34 & DGA38
-Anggota Khidmat Sokongan(Bukan Gunasama) Gred 26 di KPM.
Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) PENDIDIKAN
Dicatat oleh matehati di 5:41 PTG Label: guru, Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) PENDIDIKANRancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) PENDIDIKAN
Sila layari laman DASAR untuk maklumat lanjut berkenaan dengan RMK-10 Bab 5 berkaitan dengan Pendidikan yang bertajuk MEMBANGUN DAN MENGEKALKAN MODAL INSAN BERTARAF DUNIA....baca lagi
Semakan Keputusan Temu Duga Pengambilan Guru Sandaran Terlatih Keluaran IPTA
Dicatat oleh matehati di 5:34 PTG Label: guru, Semakan Keputusan Temu Duga Pengambilan Guru Sandaran Terlatih Keluaran IPTA
Semakan Keputusan Temu Duga Pengambilan Guru Sandaran Terlatih Keluaran IPTA
Semakan Keputusan Temu Duga Pengambilan Guru Sandaran Terlatih Keluaran IPTA boleh dibuat mulai 7 hingga 25 Jun 2010 melalui www.moe.gov.my[klik di sini].
Selamat Hari Guru 2010
Dicatat oleh matehati di 12:41 PTG Label: guru, GURU PEMBINA NEGARA BANGSA, LAGU TEMA HARI GURU 2010, lirik lagu hari guru, Selamat Hari Guru 2010, Tema Hari GuruLAGU TEMA HARI GURU 2010
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
klik to downloads lagu: Guru Pembina Negara Bangsa
downloads: lagu Guru Malaysia
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid Pencipta
Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi
source:http://www.moe.gov.my/hariguru/lagu.html






.svg.png)

























































![Kementerian Kebudayaan, Kesenian & Warisan Malaysia [KeKKWa]](http://ppdkerian.edu.my/portal/images/menu/bar_kekkwa.jpg)










