Rumusan

* Jawab soalan ini dulu kerana inilah lubuk markah.
* Saya cadangkan 10 patah kata untuk pendahuluan, 70 kata untuk isi tersurat, 25 patah kata untuk isi tersirat dan 15 patah kata untuk kesimpulan. Rancang perenggan anda dengan teliti.
* Untuk pendahuluan, sila semak kata-kata sinonim untuk faktor, kepentingan, kesan dan sebagainya. Apakah makna perkataan ini? Natijah, kekangan, kemaslahatan, manfaat, gejala, strategi, . Sila cari makna yang tepat daripada kamus dewan.
* Mulakan isi tersurat dengan (rujuk soalan, katakanlah faktor) Salah satu faktor keracunan makanan ialah (isi pertama). Selain itu, (isi ke-2), Seterusnya, (isi ketiga), Seperkara lagi, (isi ke-4), malahan (isi ke-5). Di samping itu(isi ke-6) dan juga, (isi ketujuh). Justeru bukan penanda wacana.
* Kalau isi tersurat dah tulis 6, kira jumlah kata. Kalau baru 60, boleh tambah satu isi lagi. Kalau sudah 65 ke atas, semak semula kalau-kalau ada perkataan yang tak perlu untuk dibuang dan boleh tambah satu isi lagi. Kalau tidak, ada teruskan saja ke perenggan seterusnya iaitu menuliskan isi tersirat.
* Mulakan isi tersirat dengan menuliskan kembali soalan untuk isi tersirat. contohnya usaha-usaha untuk mengatasi keracunan makanan. Contoh: usaha-usaha untuk mengatasi keracunan makanan ialah (isi 1) dan (isi 2). Kalau belum cukup 25 patah kata, boleh tambah isi. Selain itu, (isi 3).
* Kesimpulan hendaklah satu ayat sahaja yang terdiri daripada 2 unsur. Unsur pertama ialah cadangan anda iaitu apa/siapa yang patut melakukan sesuatu. Unsur kedua ialah mengapa cadangan itu patut dilaksanakan/kesan daripada cadangan itu. Contoh: Kesimpulannya, semua pihak harus bekerjasama untuk mengelakkan keracunan makanan (unsur pertama) agar keselamatan awam terjamin. (unsur kedua).
* Kira balik jumlah perkataan dan kalau sudah berpuas hati, tuliskan jumlah perkataan yang benar di bawah rumusan anda.
* Ingat, di samping itu dikira 2 perkataan. (di dan ke tidak dikira) Nama khas, walau panjang mana sekalipun dikira 1 perkataan dan kata ganda juga 1 perkataan.
Translate/Tukar Bahasa
[kata-orang]
Panduan menjawab Rumusan
Dicatat oleh matehati di 5:30 PTG Label: Contoh Kertas soalan SPM, Rumusan, SPM, Tips, Tips rumusanSOALAN RUMUSAN - STRATEGI MENJAWAB
Dicatat oleh matehati di 5:24 PTG Label: Contoh Kertas Peperiksaan SPM, Panduan, Rumusan, SOALAN RUMUSAN - STRATEGI MENJAWABSOALAN RUMUSAN - STRATEGI MENJAWAB

SOALAN 1: Rumusan
(30 markah)
STRATEGI MERUMUS KARANGAN
PETIKAN 1
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah hidup berjiran dan cara-cara memupuk semangat kejiranan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan kutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Semngat kejiranan dapat memainkan peranan yang amat penting dalam menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni.
Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita. Segala perkara yang berlaku pada diri kita terlbih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran merupakan orang yang paling mudah memberikan petolongan pada saat kita ditimpa bencana. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak-saudara. Jiran yang berbeza latar belakang pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan memberikan manfaat yangbbesar kepada kita. Hal ini kerana mereka memiliki pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama. Di samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan setempat daripada sebarang ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan dadah dan budaya samseng.
Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan semangat kerjasama dan keprihatinan sesama jiran. Gejala sosial seperti khalwat, penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita perlu bertindak sekalipun gejala tersebut tidak menimpa ahli keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang buruk, bak kata pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’. Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya dapat menjana program yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat. Rahsia kejayaan program ini terletak pada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran.
Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupuk semangat tolenrasi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka. Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan.
Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Hanya negara yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kejiranan, Cara Kekalkan
Hubungan Baik, oleh Ahmad Tarmizi Zakaria,
Utusan Malaysia, Jun 2003)
A: STRATEGI MENGHASILKAN ISI TERSURAT
STRATEGI 1:
Baca dan fahamkan petikan rumusan yang diberi sekurang-kurangnya 2 kali,
- Bacaan kali pertama untuk dapatkan gambaran keseluruhan petikan.
(masa dicadangkan 2 minit)
- Bacaan kali kedua untuk dapatkan pemahaman.
(masa dicadangkan 5 minit)
STRATEGI 2:
Tentukan kata tugas dalam soalan (Fokus 1 dan Fokus 2) dan gariskan
perkataan-perkataan tersebut.
*
Fokus 1 = Isi tersurat
*
Fokus 2 = Isi tersirat
Sebagai contoh dalam petikan contoh 1 Fokus 1 iaitu faedah-faedah hidup berjiran merupakan fokus untuk isi tersurat manakala Fokus 2 iaitu cara-cara memupuk semangat kejiranan pula merupakan fokus untuk isi tersirat.
CONTOH 1
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang
faedah-faedah hidup berjiran [ISI TERSURAT] dan cara-cara memupuk
semangat kejiranan. [ISI TERSIRAT] Panjang rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
STRATEGI 3:
Baca perenggan 1 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat
untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu
faedah-faedah hidup berjiran.
Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemamtapan dan keutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Semangat kejiranan dapat memainkan peranan yang amat penting dalam (menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni). [ISI 1]
Baca perenggan 2 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat
untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu
faedah-faedah hidup berjiran.
Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita. Segala perkara yang berlaku pada diri kita terlebih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran merupakan orang yang paling (mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana) [ISI 2]. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak-saudara. (Jiran yang berbeza latar belakang) pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan (memberikan manfaat yang besar kepada kita) [ISI 3]. Hal ini kerana (mereka memiliki pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama).[ISI 3-PILIHAN 2] Di samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu padu (mampu menjamin keselamatan setempat) [ISI 4] daripada sebarang ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan dadah dan budaya samseng.
Baca perenggan 3 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat
untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu
faedah-faedah hidup berjiran.
(Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah) [ISI 5] dengan semangat kerjasama dan keperihatinan seama jiran. (Gejala sosial) seperti khalwat, penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah (dapat dibendung) [ISI 6] jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita perlu bertindak sekalipun gejala tersebut tidak menimpa ahli keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang buruk, bak kata pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’. Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya (dapat menjana program yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat).[ISI 7] Rahsia kejayaan program ini terletak pada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran.
Baca perenggan 4 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat
untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu
faedah-faedah hidup berjiran.
Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. (Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran). [ISI 8] Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya (memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka). [ISI 9] Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan.
Baca perenggan 5 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat
untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu
faedah-faedah hidup berjiran.
Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam (menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara) [ISI 10] Hanya negara yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

STRATEGI 4:
Senaraikan Fokus 1 (isi-isi tersurat) yang terdapat dalam petikan tersebut dan
kira jumlah perkataannya.
Isi-isi Tersurat : faedah-faedah hidup berjiran
- Dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni [ 8 ]
- Mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana. [ 8 ]
- Jiran yang berbeza latar belakang memberikan manfaat yang besar kepada
kita. [ 11 ]
Atau
- Dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka [ 8 ]
- Mampu menjamin keselamatan setempat. [ 4 ]
- Dapat mencegah perkara yang mencemarkan keharmonian dan
kesejahteraan masyarakat. [ 9 ]
- Gejala sosial dapat dibendung. [4 ]
- Dapat menjana program yang menyumbang kabijakan kepada masyarakat
setempat. [ 9 ]
- Melahirkan perpaduan sesama jiran. [ 4 ]
- Memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan
perkongsian pintar sesama mereka. [ 11 ]
- Menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. [ 6 ]
STRATEGI 5:
Tulis isi-isi tersurat tersebut menjadi sebuah perenggan yang lengkap.
PERINGATAN:
- Maksimum isi untuk fokus 1 ialah 6 isi. Oleh itu anda tidak perlu
memasukkan kesemua isi kerana jumlah perkataan yang agak terhad.
Adalah dicadangkan jumlah perkataan untuk fokus 1 ialah 60 – 65 patah
perkataan.
- Anda perlu menulis kata tugas untuk Fokus 1 dalam ayat pertama
perenggan isi tersurat.
CONTOH:
Antara faedah hidup berjiran ialah dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni. Selain mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana, kita dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka. Hidup berjiran mampu menjamin keselamatan setempat, dapat membendung gejala sosial serta melahirkan perpaduan sesama jiran.
[ 46 patah perkataan ]
B : STRATEGI MENGHASILKAN ISI TERSIRAT
STRATEGI:
- Isi tersirat dibina berdasarkan Fokus 2 soalan. Isi ini tidak terdapat dalam
petikan yang diberikan. Contoh dalam Petikan 1 Fokus 2 ialah: cara-cara
memupuk semangat kejiranan.
- Isi tersirat dibina melalui tafsiran dan analisis yang mendalam berdasarkan
isi tersurat dan Fokus 2 dalam arahan soalan.
- Binalah perenggan isi tersirat dengan memasukkan sekurang-kurangnya 2 isi
tersirat.
- Kata tugas untuk Fokus 2 perlu dimasukkan dalam ayat pertama perenggan
isi tersirat.
STRATEGI 1:
Kenal pasti dan senaraikan isi tersirat berdasarkan fokus 2 iaitu cara-cara
memupuk semangat kejiranan.
CONTOH :
- Mengadakan majlis gotong royong / aktiviti kemasyarakatan / bersedia
memberi pertolongan / tolong menolong [ konsep: bekerjasama ]
- Mengadakan rumah terbuka / majlis keraian / ziarah menziarahi / perihatin
atau ambil berat hal ehwal jiran / bertanya kabar / pelihara hubungan
kejiranan / bertegur sapa / saling mengenali [ konsep : Interaksi tidak formal ]
- Membuat rondaan bersama pada waktu malam / rukun tetangga.
- Mengadakan tabung kebajikan / kursus/ kempen kejiranan / tabung khairat.
- Mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat / tubuhkan sektor rukun
tetangga / persatuan belia / JKKK [ Konsep : Interaksi formal ]
- Mengadakan hari keluarga / sukaneka / riadah / pertandingan
- Mengikis sikap negatif dalam diri individu / jangan mementingkan diri / tidak
sombong / berbaik sangka dengan jiran .
STRATEGI 2:
Membina perenggan isi tersirat.
CONTOH PERENGGAN ISI TERSIRAT
Antara cara memupuk semangat kejiranan ialah dengan mengadakan majlis gotong-royong dan mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat. Selain itu, budaya ziarah-menziarahi juga mampu memupuk semangat kejiranan.
[ 23 patah perkataan ]
C : STRATEGI MENGHASILKAN PENDAHULUAN RUMUSAN
STRATEGI :
- Fahami maksud keseluruhan petikan yang diberikan.
- Kenal pasti Fokus 1 petikan tersebut kerana berdasarkan Fokus 1 itulah
penfahuluan rumusan karangan dapat kita hasilkan.
- Anda perlu melakukan pengubahsuaian supaya ayat yang anda bina itu
menjadi ayat anda sendiri.
- Tulis pendahuluan rumusan dalam satu ayat sahaja.
- Mulakan ayat pendahuluan dengan ; Petikan membincangkan /
membicarakan …….
CONTOH PENDAHULUAN:
Fokus 1 : Faedah-faedah hidup berjiran
Pendahuluan:
Petikan membincangkan peranan jiran dalam kehidupan bermasyarakat di
negara kita.
atau
Petikan membincangkan kebaikan / kepentingan / kelebihan / manfaat / hidup
berjiran dalam masyarakat
D : STRATEGI MENGHASILKAN KESIMPULAN RUMUSAN
- Kaji semula fokus soalan sama ada Fokus 1 dan Fokus 2.
- Kesimpulan rumusan hendaklah berdasarkan fokus soalan tersebut.
- Kesimpulan merupakan cadangan / harapan anda terhadap fokus tersebut
berserta kesan atau akibat cadangan / harapan tersebut.
- Anda juga perlu menghubungkan antara cadangan / harapan dengan kesan
atau akibat cadangan dengan menggunakan kata hubung, ‘agar, supaya,
demi’.
- Gunakan penanda wacana atau rangkai kata, frasa yang menunjukkan
bahawa ayat tersebut merupakan ayat kesimpulan.
- Contoh : Kesimpulannya, ….Justeru, …
CONTOH KESIMPULAN:
Kesimpulannya, semua pihak perlu menghargai jiran agar kehidupan yang
sejahtera dapat diwujudkan
Atau
Justeru, semua pihak perlu menjalankan tanggung jawab mereka dalam
masyarakat dengan berkesan agar sebuah komuniti yang sejahtera dapat
diwujudkan.
CONTOH PETIKAN RUMUSAN YANG LENGKAP
Petikan membincangkan kebaikan hidup berjiran dalan sesebuah masyarakat.
Antara faedah hidup berjiran ialah dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni. Selain mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana, kita dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka. Hidup berjiran mampu menjamin keselamatan setempat, serta dapat membendung gejala sosial dan melahirkan perpaduan sesama jiran. Hidup berjiran juga dapat mencegah perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat.
Antara cara memupuk semangat kejiranan ialah dengan mengadakan majlis gotong-royong dan mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat. Selain itu, budaya ziarah-menziarahi juga mampu memupuk semangat kejiranan.
Kesimpulannya, semua pihak perlu menghargai jiran agar kehidupan yang sejahtera dapat diwujudkan.
[ 100 patah perkataan]
PANDUAN MERUMUS KARANGAN
Dicatat oleh matehati di 5:19 PTG Label: BM, Contoh Kertas soalan SPM, Panduan, PANDUAN MERUMUS KARANGAN, Rumusan
PANDUAN MERUMUS KARANGAN
Pemarkahan
*
Bahagian ini diperuntukkan sebanyak 30 markah
*
20 markah untuk bahagian isi dan 10 markah untuk aspek bahasa
*
Pengenalan – 2 markah
*
Setiap isi tersurat dan tersirat – 2 markah
*
Kesimpulan – 2 markah
*
Aspek bahasa markah yang diperuntukkan ialah separuh daripada markah isi.Aspek bahasa seperti pengolahan bahasa, penggunaan istilah dan kosa kata, tanda baca dan sebagainya akan diteliti sebelum markah untuk bahagian bahasa diberikan.
Perenggan
*
Pelajar bebas menulis perenggan sama ada dalam satu, dua, tiga, atau empat perenggan.sebenarnya, tidak ada peraturan khusus tentang bilangan perenggan. Pelajar dicadangkan supaya menulis rumusan dalam empat(4) perenggan seperti di bawah:
*
Perenggan 1 – Pengenalan
*
Perenggan 2- Isi-isi tersurat
*
Perenggan 3 – Isi-isi tersirat
*
Perenggan 4 – Kesimpulan
Bilangan Perkataan
*
Pelajar dikehendaki menulis rumusan antara 100 – 120 patah perkataan.Jika melebihi jumlah perkataan yang dinyatakan isi rumusan yang terdapat dalam perkataan atau ayat selebihnya tidak akan dibaca atau dinilai.
Contoh Soalan : Baca petikan di bawah dengan teliti.Kemudian, buat satu rumusan tentang punca-punca berlakunya banjir kilat dan kesan-kesannya.Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Panduan Menulis Rumusan
Pendahuluan
*
Satu ayat yang dapat menggambarkan kandungan petikan secara keseluruhan.
*
Contoh pendahuluan: Petikan menyatakan…..(unsur 1)….(tema)
Dengan berdasarkan rumus di atas, ayat pendahuluan, perkara yang perlu ada ialah :
1) Unsur 1- Mestilah terdiri daripada perkataan yang bersinonim dengan tugasan soalan yang menyatakan isi tersurat.
2) Tema Petikan
3) Bilangan perkataan : (8) -(12) patah perkataan.
*
Contoh Ayat :
Petikan menyatakan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di Kuala Lumpur.
1) Unsur 1- Faktor-faktor (perkataan yang bersinonim dengan punca-punca).
2) Tema Petikan – Banjir Kilat
3) Bilangan perkataan : 8 patah perkataan.
*
Pendahuluan hendaklah ditulis dalam satu ayat sahaja.
Jangan menyalin bulat-bulat seperti yang terdapat dalam soalan.
*
Kata tugas atau kata kunci yang kedua dalam soalan rumusan tidak boleh dimasukkan dalam bahagian pengenalan.
*
Jika pelajar menulis pendahuluan seperti di bawah ini, anda akan memperoleh satu(1) markah sahaja.
1- “Petikan menyatakan punca-punca berlakunya banjir kilat.”
2- “ Petikan menyatakan punca-punca berlakunya banjir kilat dan langkah-langkah untuk menanganinya.”(Langkah-langkah ialah kata tugas yang menghendaki calon mengemukakan iai tersirat.)
Isi -isi Tesurat
*
Isi -isi yang terdapat dalam petikan berdasarkan kata tugas atau kata kunci yang pertama dalam soalan.
*
Mencari sekurang-kurangnya 6 isi tersurat daripada petikan, jika gagal mendapat jumlah itu, pelajar mestilah mengemukakan isi terurat yang lebih dalam gabungan 2:6, 3:5 atau 4:4.
*
Ayat-ayat hendaklah diolah dan disalin semula tanpa mengambil ayat-ayat tersebut bulat-bulat daripada petikan.
*
Antara satu ayat dengan ayat yang lain pula, gunakan penanda wacana yang sesuai seperti selain itu, seterusya, oleh itu dan sebagainya.
*
Contoh-contoh isi tersurat:
1- Hujan lebat hampir dua jam
2- Sistem perparitan gagal diselenggara dengan sempurna.
3- Tiada sistem amaran awal.
Jawapan lengkap;
Banjir kilat yang berlaku di Kuala Lumpur berpunca daripada hujan lebat yang turun hampir dua jam. Selain itu, sistem perparitan yang gagal diselenggarakan dengan sempurna menyebabkan laluan air tersekat. Ketiadaan sistem amaran awal pula telah memburukkan keadaan.
Isi-isi Tersirat
*
Pelajar dikehendaki menulis sebanyak 2,3 atau 4 isi tersirat.
*
Isi-isi tersirat yang dikemukakan mestilah tiada dalam petikan dan berdasarkan kata tugas atau kata kunci kedua dalam soalan rumusan.

Kesimpulan
*
Contoh format untuk ayat penutup/kesimpulan :
Kesimpulannya,…………unsur1(Berbentuk.cadangan)………………..supaya/agar/bagi/kerana………………(Tema)………………..unsur 2…..(memperlihatkan kesan)
*
Kesimpulannya, semua pihak mestilah bekerjasama menangani masalah banji kilat supaya aktiviti pembangunan dan perniagaan berjalan lancar.


























































![Kementerian Kebudayaan, Kesenian & Warisan Malaysia [KeKKWa]](http://ppdkerian.edu.my/portal/images/menu/bar_kekkwa.jpg)










