Translate/Tukar Bahasa

[kata-orang]

Aturan "kata-orang", sila guna bahasa yang baik-baik jer ok. Terima kasih kerana support [muodah.blogspot] Kalendar Persekolahan 2013 Koleksi Lagu-lagu Raya Popular Downloads/Muat turun percuma Semakan Status Permohonan Guru antara Daerah, Dalam Daerah dan Negeri (e-GTukar)boleh disemak mulai 10 november 2011. Guru-guru boleh menyemak keputusan permohonan pertukaran guru sekarang. klik di sini untuk semakan status permohonan anda.....
Bookmark and Share
Lot of Visitors
Memaparkan catatan dengan label Karangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Karangan. Papar semua catatan





Karangan

Soalan : Kegiatan lumba haram dan pertunjukan lagak ngeri penunggang motorsikal dalam kalangan remaja merupakan isu yang semakin banyak disiarkan dalam media massa. Bincangkan punca-punca lumba haram dan langkah-langkah mengatasi gejala tersebut.
Contoh jawapan

Penglibatan remaja dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat telah menjadi satu isu dalam kalangan masyarakat Malaysia pada hari ini. Isu lumba haram telah banyak diperdebatkan di dada-dada akhbar saban hari. Pihak kerajaan telah mengambil tindakan terhadap gejala ini daripada terus berlaku tetapi masalah ini semakin berleluasa dari sehari ke sehari. Oleh itu, kita perlu mengenalpasti punca-punca berlakunya lumba haram dan cara mengatasinya dalam kalangan remaja untuk membendung daripada “kudis menjadi tokak”.
Salah satu punca berlakunya gejala lumba haram dalam kalangan remaja adalah disebabkan oleh sikap tidak acuh ibu bapa. Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, ibu bapa terlalu mementingkan kerjaya masing-masing. Mereka memberi kebebasan sepenuhnya dan terlalu mempercayai anak-anak mereka. Hal ini akan menyebabkan berlakunya masalah putusnya komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak mereka. Ibu bapa yang sibuk dengan pekerjaan mereka kerap menghabiskan masa di luar rumah sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka untuk mengambil tahu akan hal anak-anak. Atas tanggapan bahawa tanggungjawab mengajar hanyalah tugas guru dan pendidik, ibu bapa ini tidak acuh dengan pendidikan tidak formal yang bermula dari rumah. Mereka seharusnya tahu dan waspada dengan perubahan sikap, pergaulan dan kegiatan semasa anak mereka. Ketiadaan pengawasan daripada ibu bapa yang hanya menyerahkan keperluan fizikal kepada anak-anak telah mendorong gejala ini terus berlaku. Natijah ini seharusnya diberi fokus yang sewajarnya oleh ibu bapa.

Pengaruh rakan sebaya merupakan faktor yang mendorong berlakunya gejala lumba haram dalam kalangan remaja. Rakan sebaya sering kali menjadi tempat meluahkan perasaan kerana hubungan yang renggang dengan ibu bapa. Hal ini demikian akan menyebabkan mereka mudah mengikut kata rakan sebaya mereka berbanding ibu bapa. Mereka juga sering terikut-ikut dengan trend yang mekar dalam situasi kehidupan moden dan canggih. Sekiranya mereka tidak mengikut aliran kelompok terbesar, mereka dianggap kolot dan tidak sukakan cabaran.Secara tidak langsung, mereka akan mengikut rakan mereka dengan aktiviti-aktiviti lumba haram. Mereka mula berjinak-jinak dengan lumba haram sehingga terjebak dengan gejala tidak sihat ini. Jelaslah, pengaruh rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap remaja dalam mendorong mereka terlibat dengan gejala tidak berfaedah ini.

Seterusnya, pengaruh media massa yang menayangkan filem atau rancangan yang keterlaluan menjadi punca gejala sosial ini berleluasa. Dalam era globlisasi ini banyak terdapat teknologi canggih dan moden seperti televisyen, internet dan sebagainya. Media massa menyiarkan program yang berunsur aksi ganas terutama akiviti lumba haram menimbulkan rasa ingin mencuba di dalam naluri remaja. Remaja juga gemar menjadikan sesuatu yang mereka lihat sebagai cabaran untuk melakukannya. Contohnya, filem-filem seperti ‘Tokyo Drift’, ‘Fast And The Furious’, ‘Initial-D’, dan ‘Kuala Lumpur Menjerit’ telah mendorong golongan remaja mempelajari aksi-aksi pelakon yang dianggap bergaya dalam filem-filem tersebut. Dalam filem tersebut, mereka ghairah mengubahsuaikan motosikal mereka seperti yang ditunjukkan dalam filem sehingga mengabaikan ciri-ciri keselamatan.Mereka juga bersikap memberontak dan sengaja tidak mahu memakai topi keledar semasa menunggang motorsikal. Hal ini akan mendorong mereka melibatkan diri dalam lumba haram.
Langkah untuk mengatasi masalah lumba haram dalam kalangan remaja ialah Ibu bapa perlu memberi perhatian yang secukupnya terhadap anak-anak mereka. Dalam mendidik anak, ibu bapa harus bijak dan berupaya untuk mengawasi tingkah laku anak mereka dengan berkesan terutama anak yang sudah mencapai umur remaja. Ibu bapa perlu mengenakan satu tahap disiplin dan dalam masa yang sama menyayangi anak mereka dengan sepenuh hati untuk memberi satu perasaan disayangi dalam diri anak mereka. Ibu bapa perlu meluangkan masa berbual bersama anak-anak mereka untuk mendengar luahan serta rintihan hati mereka. Oleh itu, Ibu bapa menjadi benteng pertama dalam usaha untuk menyelesaikan masalah yang melanda anak-anak mereka. Disamping itu, ibu bapa perlu memberi pendidikan agama kepada anak-anak. Ibu bapa mendidik anak mereka dengan akhlak-akhlak yang baik. Contohnya, mereka diberi hukuman apabila mereka membuat kesalahan dan ibu bapa harus memberitahu kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka. Dengan adanya perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa, anak-anak tidak akan terjebak dalam lumba haram.
Selain itu, peranan kerajaan amat penting dalam menangani lumba haram ini. Pihak polis membuat lebih banyak sekatan jalan raya di kawasan-kawasan berisiko tinggi berlakunya perlumbaan motosikal ini. Tindakan pihak polis yang lebih proaktif menyebabkan remaja berfikir dua kali sebelum terlibat dalam tindakan negatif ini kerana menyedari tindakan mereka sudah dihidu oleh pihak berkuasa awal-awal lagi. Pihak polis juga perlu membuat pengumuman awal tentang hasrat mereka mengadakan sekatan jalan raya untuk memberi amaran awal kepada remaja supaya tidak melakukan tindakan dengan membuat perlumbaan motosikal di situ. Tindakan pantas dan bijak pihak kerajaan terutama pihak polis menyebabkan remaja tidak berani melakukan aktiviti tidak sihat ini.

Kempen kesedaran turut perlu dilaksanakan dalam menangani kemelut yang melanda dalam kalangan remaja kita ini. Kempen kesedaran dilakukan ditempat-tempat tumpuan orang ramai seperti balai raya,sekolah dan sebagainya.Dalam kempen tersebut, pihak penceramah dijemput untuk memberikan penjelasan. Penjelasan mengenai impak buruk lumba haram diperincikan dalam kempen itu untuk memberi kesedaran yang jitu kepada remaja. Dalam masa yang sama kempen ini turut menjelaskan tindakan undang-undang yang boleh dihadapi oleh remaja yang didapati bersalah terbabit dalam kegiatan lumba haram. Jelaslah, kempen yang begitu mudah tetapi efektif berupaya menghalang gejala sosial ini daripada menular dalam jiwa remaja kita jika dilaksanakan dengan baik.

Kesimpulannya, pengaruh sebaya mempunyai pengaruh yang paling kuat yang menyebabkan kemelut lumba haram terus menular dalam kalangan remaja. Kita perlu mengambil tindakan sewajarnya untuk mengengkang gejala ini terus berlaku jika tidak banyak kesan yang buruk akan melanda negara kita kerana remaja ialah bakal menerajui kepimpinan negara pada masa hadapan. Semua pihak harus berganding bahu dalam mengatasi masalah lumba haram agar dapat melahirkan modal insan yang berhemah tinggi, berakhlak mulia, dan bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.

source:http://drghazali.blogspot.com














PELAJAR dalam alam remaja sentiasa terdedah dengan pelbagai ancaman dan desakan yang mengganggu ketenteraman emosi dan interaksi sosial, kecelaruan idea dan pegangan hidup.

Fenomena ini mengwujudkan masalah dalam jiwa remaja apabila berlakunya kematian orang yang disayangi, mengidap penyakit serius, ibu bapa bertukar pekerjaan, peperiksaan, konflik antara ibu bapa, kurang kasih sayang keluarga dan tiada sokongan keluarga dan sosial.

Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ketika itu (1993) dalam laporannya telah menyenaraikan tiga faktor diri pelajar yang menyebabkan wujudnya kes pelanggaran disiplin. Faktor tersebut termasuk sikap negatif terhadap pelajaran seperti tidak berminat dan mudah jemu; tiada dorongan motivasi akibat kurang kemahiran asas belajar dan lebih mementingkan hiburan serta gangguan kesihatan diri.

Sehubungan itu pelajar yang bermasalah ialah pelajar yang tiada kawalan diri, kurang mengerjakan kerja sekolah dan latihan di rumah, kurang patuh kepada arahan guru, kurang berminat untuk belajar, kurang hormat guru, suka mengganggu pelajar lain dan suka membuat bising.

Golongan remaja juga boleh menghadapi masalah kesihatan mental dan lazimnya bertingkah laku agresif termasuk kedegilan, keresahan, tingkah laku bermasalah, penyalahgunaan bahan-bahan terlarang, kemurungan, penderaan dan tingkah laku seksual dan kehamilan remaja luar nikah.

Justeru pelajar yang melanggar disiplin sebenarnya tidak memahami peranan dan tugas mereka sebagai pelajar. Mereka tidak menyedari bahawa tindakan sedemikian mendatangkan kemudaratan.

Pelajar terbawa-bawa dengan perasaan dan hilang kawalan diri dan mudah terpengaruh dengan anasir luar.Selain itu pelajar terdedah kepada kehidupan yang bersifat hedonistik atau bersifat mementingkan keseronokan, salah memilih rakan sebaya dan pelajar mengalami masalah penyesuaian atau masalah peribadi.

Namun demikian apa yang membimbangkan ialah kesalahan disiplin termasuk penyalahgunaan dadah, telah menular dari peringkat sekolah randah lagi. Ini terbukti apabila Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong (2009) melaporkan bahawa walaupun peningkatan sekolah rendah hanya daripada 0.78 peratus kepada 0.79 peratus namun pihak kementerian tetap menganggapnya sebagai serius.

Pada keseluruhannya menurut beliau lagi isu yang melibatkan disiplin berada dalam situasi terkawal walaupun ia membabitkan kes berat seperti pukul buli, gaduh dan ponteng tegar. Statistik tahun 2009 KPM menunjukkan terdapat 3.2 juta murid sekolah rendah dan 2.2 juta pelajar sekolah menengah di seluruh negara.

Walau bagimanapun jumlah aduan disiplin murid diterima bagi tempoh januari hingga ogos tahun 2009 ialah 65 kes tetapi menurun 31 kes berbanding 96 kes bagi tempoh sama tahun 2008 (Utusan Malaysia, 01 Oktober 2009) .

lmpak daripada perangkaan inilah yang perlu ditangani oleh seorang kaunselor atau pegawai psikologi yang terlatih. Pengetua atau Guru Besar selaku pemimpin sekolah sewajarnya memantau dari semasa ke semasa prosedur pelaksanaan sesi kaunseling dan program di sekolah.

Apatah lagi kini wujud kaunselor atau pegawai psikologi sepenuh masa di sekolah.Yang penting, sesi kaunseling di sekolah tidak mengganggu waktu pengajaran-pembelajaran formal di bilik darjah.

Kendatipun pelajar lelaki lebih cenderung merokok, menghisap ganja, menghidu gam, menghidu petrol, minum minuman keras, menonton atau menyimpan bahan lucah dan berjudi namun pelajar perempuan pula lebih cenderung terlibat dengan rokok, bahan lucah dan bercinta.

Oleh itu peranan guru kaunseling dan guru disiplin mengenal pasti masalah awal salah laku yang sering dilakukan pelajar amat dialu-alukan; mencegah lebih baik daripada mengubati. Mereka berperanan membantu pelajar mengurangkan dan seterusnya meninggalkan salah laku tersebut.

Sokongan dan dokongan ibu bapa dan setiap ahli komuniti di luar sekolah banyak membantu mencegah salah laku pelajar agar tidak berterusan menjadi barah dalam masyarakat.

Justeru banyak kajian mendapati punca pelajar terlibat dalam salah laku kerana mereka tidak dapat memahami pengajaran guru bagi sesetengah mata pelajaran yang diajar.

Kesulitan yang dialami ini menyebabkan mereka tidak berminat menumpukan perhatian dan berkecenderungan ponteng kelas atau sekolah.

Ekoran daripada itu pelajar salah laku ini, tidak berminat dengan satu-satu mata pelajaran dan tidak menyukai guru yang mengajar mata pelajaran tersebut.

Berdasarkan beberapa kajian yang penulis temui mendapati bahawa jikalau pengajaran-pembelajaran berlaku dengan berkesan maka masalah disiplin tidak akan timbul. Ini disebabkan faktor minat kepada subjek pelajaran dan personaliti si pengajar/guru.

Selain itu ada kajian juga menunjukkan salah satu punca pelajar tidak minat belajar ialah kerana mereka tidak berminat dengan beberapa mata pelajaran yang diajar, tidak membuat tugasan sekolah dan tidak mengulang kaji pelajaran.

Dengan itu mereka tidak memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pengajaran guru; sebaliknya mereka sering mengganggu pembelajaran- pengajaran dalam kelas.

Sebagaimana sedia maklum terdapat banyak masalah yang timbul dalam kehidupan seharian pelajar.Di peringkat awal, pelajar mula menghadapi konflik dengan keluarga dan rakan sebaya terutama yang melibatkan aspek halangan komunikasi, kebejatan sosial dan silang budaya.

Mereka tidak dapat meluahkan perasaan mereka kerana tidak ada siapa yang boleh dipercayai . Senario ini menyebabkan wujudnya tekanan perasaan dan konflik dalam diri. Situasi demikian disebabkan pelajar tersebut memerlukan orang tengah yang berperanan mendidik; berbeza dari guru kelas atau guru subjek.

Mereka memerlukan rakan ‘dewasa’ yang mempunyai hubungan dan struktur kognitif berbeza daripada seorang guru dan boleh meluahkan perasaan serta rahsia hati tanpa curiga dan berasa gentar.

Daripada kajian-kajian yang telah dijalankan jelas menunjukkan betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah serta maklumat berhubung dengan salah laku pelajar dan sikap atau persepsi pelajar-pelajar terhadap perkhidmatan tersebut.

Kesimpulannya penulis berkeyakinan bahawa untuk melahirkan pelajar yang

bermoral bukanlah mudah.Pembentukan pelajar dipenuhi beberapa faktor yang bertali- temali. Jika gagal salah satu faktor ini maka kecewalah sistem pendidikan kebangsaan.

0leh itu kaedah pengajaran dalam bilik darjah yang membentuk lima faktor yang saling kait mengait iaitu: rakan sebaya, pengaruh kurikulum dalam sistem pendidikan, kaedah pengajaran yang diterima daripada guru, pengaruh keluarga dan pengaruh persekitaran khususnya media massa, sewajarnya dipraktiskan oleh guru dengan berhemah lagi bijaksana.

Pendekatan kasih sayang yang luhur murni tanpa pilih kasih dan tidak prejudis banyak membantu guru menjayakan proses pengajaran-pembelajaran. Tegasnya, bahaya besar akan menimpa masyarakat jika dibiarkan permasalahan salah laku pelajar berterusan.

Dan sudah sewajarnya kerajaan menekankan betapa perlunya pendidikan agama dan moral serta aspek kebahasaan dan komunikasi di sekolah-sekolah diberikan keutamaan dan penilaian kembali. lni selaras dengan hasrat kerajaan menerapkan nilai-nilai Islam dan semangat patriotisme satu Malaysia dalam pentadbiran negara.


OLEH: DR. RAJIEE HADI

Punca-punca gejala ponteng sekolah

Karangan

Gejala ponteng sekolah masih menjadi masalah utama dalam sistem pendidikan di negara kita. Bincangkan punca-punca masalah ini berlaku.


Gejala ponteng sekolah dalam kalangan murid sekolah semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Hal ini telah mencetuskan kebimbangan yang berterusan dalam kalangan masyarakat terutamanya ibu bapa dan golongan pendidik. Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi memastikan gejala ini tidak menular. Namun demikian sehingga kini belum ada penyelesaian yang konkrit untuk mengatasi gejala ponteng sekolah. Sebenarnya, gejala ini berlaku akibat pelbagai punca yang dapat dikenal pasti.
Salah satu punca yang menyebabkan gejala ponteng sekolah berlaku ialah murid-murid berkawan dengan remaja yang tidak lagi bersekolah. Sebagai seorang remaja murid sekolah memerlukan rakan sebaya untuk bersahabat. Pada peringkat perkembangan ini, rakan sebaya merupakan satu aspek penting yang dapat mempengaruhi kehidupan. Kecenderungan untuk bercampur gaul dengan rakan-rakan sebaya menyebabkan murid sekolah tidak berhati-hati dalam membuat pilihan rakan sebaya. Masalah akan timbul apabila murid sekolah berkawan dengan rakan sebaya yang sudah meninggalkan bangku sekolah. Golongan ini hanya menghabiskan masa dengan berfoya-foya tanpa tujuan. Apabila murid sekolah bergaul dengan golongan ini, mereka juga akan turut terikut-ikut dengan cara hidup tanpa tujuan ini. Akhirnya mereka akan ponteng sekolah untuk bersama-sama dengan rakan-rakan mereka yang tidak bersekolah . Oleh itu, jelaslah salah satu punca masalah ponteng sekolah ialah murid-murid sekolah berkawan dengan remaja yang tidak lagi bersekolah.
Punca masalah ponteng sekolah yang seterusnya ialah ibu bapa tidak mengambil berat terhadap anak-anak mereka yang masih bersekolah. Ibu bapa masa kini lebih mementingkan kerjaya kerana mahu meningkatkan taraf kehidupan. Mereka menghabiskan masa yang banyak untuk mencari kekayaan dan mengejar status. Mereka juga menyerahkan tanggungjawab menjaga anak-anak mereka kepada pihak sekolah. Anak-anak mereka pula sering diabaikan seperti anak ayam kehilangan ibu. Ibu bapa tidak memberikan kasih sayang yang sewajarnya diterima oleh anak-anak yang sedang membesar. Oleh sebab ibu bapa tidak begitu mengambil berat akan hal anak-anak, murid-murid sekolah mengambil peluang untuk melakukan apa-apa sahaja. Mereka berpendapat perlakuan mereka di luar rumah tidak akan diketahui oleh ibu bapa mereka. Jadi, sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kebajikan anak-anak akan mencetuskan gejala ponteng sekolah dalam kalangan murid-murid.
Di samping itu, sikap masyarakat yang mementingkan diri sendiri turut menyebabkan gejala ponteng sekolah terus berleluasa. Masyarakat kita pada masa kini tidak lagi memiliki sikap tegur-menegur antara satu sama lain, apatah lagi untuk menegur anak-anak jiran yang didapati ponteng sekolah. Masyarakat mengamalkan cara hidup tidak ubah seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Tiada lagi semangat kerjasama dan hubungan akrab antara anggota masyarakat, lebih-lebih lagi dalam kalangan masyarakat bandar. Oleh sebab masyarakat tidak mempunyai semangat kerjasama, masalah ponteng sekolah seolah-olah tiada penghujungnya. Murid-murid yang terlibat dengan gejala ini berasa bebas kerana kegiatan mereka tidak ditegur oleh sesiapa, termasuk orang-orang yang dikenali oleh mereka. Hal ini menyebabkan gejala ponteng terus menular. Oleh itu, nyatalah sikap masyarakat yang mementingkan diri turut mencetuskan gejala ponteng sekolah.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai punca yang menyebabkan gejala ponteng sekolah berleluasa. Dalam hal ini, semua pihak hendaklah berganding bahu untuk membanteras gejala ini hingga ke akar umbi. Jika tidak gejala ponteng sekolah akan mencetuskan pelbagai masalah lain yang lebih buruk kesannya kerana kudis akan menjadi tokak jika tidak diubati. Kerjasama dan sikap prihatin masyarakat akan membantu pihak sekolah menangani gejala ponteng sekolah dengan lebih berkesan.
(500 perkataan)

source:http://drghazali.blogspot.com

Punca-punca gejala ponteng sekolah


















Karangan

Gejala ponteng sekolah masih menjadi masalah utama dalam sistem pendidikan di negara kita. Bincangkan punca-punca masalah ini berlaku.


Gejala ponteng sekolah dalam kalangan murid sekolah semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Hal ini telah mencetuskan kebimbangan yang berterusan dalam kalangan masyarakat terutamanya ibu bapa dan golongan pendidik. Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi memastikan gejala ini tidak menular. Namun demikian sehingga kini belum ada penyelesaian yang konkrit untuk mengatasi gejala ponteng sekolah. Sebenarnya, gejala ini berlaku akibat pelbagai punca yang dapat dikenal pasti.
Salah satu punca yang menyebabkan gejala ponteng sekolah berlaku ialah murid-murid berkawan dengan remaja yang tidak lagi bersekolah. Sebagai seorang remaja murid sekolah memerlukan rakan sebaya untuk bersahabat. Pada peringkat perkembangan ini, rakan sebaya merupakan satu aspek penting yang dapat mempengaruhi kehidupan. Kecenderungan untuk bercampur gaul dengan rakan-rakan sebaya menyebabkan murid sekolah tidak berhati-hati dalam membuat pilihan rakan sebaya. Masalah akan timbul apabila murid sekolah berkawan dengan rakan sebaya yang sudah meninggalkan bangku sekolah. Golongan ini hanya menghabiskan masa dengan berfoya-foya tanpa tujuan. Apabila murid sekolah bergaul dengan golongan ini, mereka juga akan turut terikut-ikut dengan cara hidup tanpa tujuan ini. Akhirnya mereka akan ponteng sekolah untuk bersama-sama dengan rakan-rakan mereka yang tidak bersekolah . Oleh itu, jelaslah salah satu punca masalah ponteng sekolah ialah murid-murid sekolah berkawan dengan remaja yang tidak lagi bersekolah.
Punca masalah ponteng sekolah yang seterusnya ialah ibu bapa tidak mengambil berat terhadap anak-anak mereka yang masih bersekolah. Ibu bapa masa kini lebih mementingkan kerjaya kerana mahu meningkatkan taraf kehidupan. Mereka menghabiskan masa yang banyak untuk mencari kekayaan dan mengejar status. Mereka juga menyerahkan tanggungjawab menjaga anak-anak mereka kepada pihak sekolah. Anak-anak mereka pula sering diabaikan seperti anak ayam kehilangan ibu. Ibu bapa tidak memberikan kasih sayang yang sewajarnya diterima oleh anak-anak yang sedang membesar. Oleh sebab ibu bapa tidak begitu mengambil berat akan hal anak-anak, murid-murid sekolah mengambil peluang untuk melakukan apa-apa sahaja. Mereka berpendapat perlakuan mereka di luar rumah tidak akan diketahui oleh ibu bapa mereka. Jadi, sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kebajikan anak-anak akan mencetuskan gejala ponteng sekolah dalam kalangan murid-murid.
Di samping itu, sikap masyarakat yang mementingkan diri sendiri turut menyebabkan gejala ponteng sekolah terus berleluasa. Masyarakat kita pada masa kini tidak lagi memiliki sikap tegur-menegur antara satu sama lain, apatah lagi untuk menegur anak-anak jiran yang didapati ponteng sekolah. Masyarakat mengamalkan cara hidup tidak ubah seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Tiada lagi semangat kerjasama dan hubungan akrab antara anggota masyarakat, lebih-lebih lagi dalam kalangan masyarakat bandar. Oleh sebab masyarakat tidak mempunyai semangat kerjasama, masalah ponteng sekolah seolah-olah tiada penghujungnya. Murid-murid yang terlibat dengan gejala ini berasa bebas kerana kegiatan mereka tidak ditegur oleh sesiapa, termasuk orang-orang yang dikenali oleh mereka. Hal ini menyebabkan gejala ponteng terus menular. Oleh itu, nyatalah sikap masyarakat yang mementingkan diri turut mencetuskan gejala ponteng sekolah.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai punca yang menyebabkan gejala ponteng sekolah berleluasa. Dalam hal ini, semua pihak hendaklah berganding bahu untuk membanteras gejala ini hingga ke akar umbi. Jika tidak gejala ponteng sekolah akan mencetuskan pelbagai masalah lain yang lebih buruk kesannya kerana kudis akan menjadi tokak jika tidak diubati. Kerjasama dan sikap prihatin masyarakat akan membantu pihak sekolah menangani gejala ponteng sekolah dengan lebih berkesan.
(500 perkataan)

source:http://drghazali.blogspot.com

Langkah-langkah untuk Mempopularkan Permainan Tradisional.






Karangan Bahagian A

Permainan tradisional merupakan warisan bangsa yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas walaupun popularitinya semakin berkurangan. Generasi muda hari ini tidak mengenali permainan tradisional dengan mendalam kerana kemajuan teknologi yang begitu pesat. Pelbagai pihak telah berusaha untuk mengembalikan populariti permainan tradisional masyarakat kita. Namun begitu, belum ada tanda-tanda permainan tradisional akan kembali diminati. Jadi, beberapa langkah yang sesuai wajar dilaksanakan untuk menghidupkan kembali warisan budaya bangsa ini.
Kerajaan wajar menganjurkan pertandingan-pertandingan permainan tradisional di semua peringkat sosial. Langkah ini bertujuan untuk menarik minat masyarakat untuk bergiat cergas dalam bidang sukan tradisional yang semakin dilupakan. Pelbagai hadiah yang menarik wajar disediakan kerana ada gula ada semutnya. Permainan tradisional seperti wau, gasing, galah panjang, congkak, dan sebagainya sesuai untuk dipertandingkan. Pertandingan ini wajar dijadikan acara bulanan atau tahunan agar pendedahannya lebih kerap dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Jadi, penganjuran pertandingan akan dapat mengembalikan populariti permainan tradisional bangsa kita.
Selain itu, pihak berwajib perlu menjadikan permainan tradisional sebagai satu acara untuk menarik pelancong kerana jika tidak dipecahkan ruyung, manakan mendapat sagunya. Kebanyakan pelancong mancanegara sudah tentu berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang permainan tradisional Malaysia yang pelbagai jenis. Kementerian Pelancongan wajar melatih generasi muda untuk menjadi duta kecil untuk memperkenalkan permainan tradisional kepada pelancong asing. Untuk menjadikan permainan tradisional lebih popular, konsep inap desa turut memasukkan permainan tradisional sebagai acara wajib dalam program berkenaan. Oleh yang demikian, permainan tradisional dapat diperkenalkan kepada pelancong asing dengan lebih berkesan.
Satu lagi langkah untuk memperkenalkan permainan tradisional adalah dengan memasukkan permainan tradisional sebagai satu aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah atau institusi pengajian tinggi. Malahan, kanak-kanak di peringkat prasekolah juga wajar didedahkan dengan permainan tradisional kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kelab-kelab permainan tradisional hendaklah ditubuhkan dan murid-murid diwajibkan menjadi ahli mana-mana kelab permainan tradisional yang digemari oleh mereka. Tambahan pula, pertandingan permainan tradisional antara sekolah-sekolah akan menyemarakkan lagi semangat murid untuk memahirkan diri dengan permainan-permainan tradisional tertentu. Langkah ini sudah tentu dapat menghidupkan kembali kegemilangan permainan tradisional dalam kalangan generasi muda di negara kita.
Kesimpulannya, permainan tradisional memang wajar dikembalikan kegemilangannya dalam kalangan generasi muda. Semua pihak hendaklah berganding bahu untuk mempopularkan kembali warisan bangsa yang tidak ternilai harganya ini. Bak kata pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Jika tidak permainan tradisional warisan berzaman ini hanya tinggal nama sahaja pada suatu masa nanti. Kerjasama dan iltizam semua pihak akan dapat mempopularkan kembali warisan bangsa kita sampai bila-bila.

source:http://drghazali.blogspot.com

Kepentingan Program Latihan Khidmat Negara
















Soalan : Program Latihan Khidmat Negara telah diperkenalkan untuk melatih golongan remaja menjadi warga negara yang berguna. Anda ingin menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan program ini dengan menyatakan pandangan anda untuk disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan. Tulis karangan anda selengkapnya.

Jawapan contoh

Program Latihan Khidmat Negara telah diperkenalkan dan dilaksanakan bebepada tahun yang lalu. Pelaksanaan program ini telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat. Kerajaan telah berusaha untuk meyakinkan masyarakat bahawa program ini mempunyai banyak kebaikan, khususnya kepada golongan remaja dan umumnya kepada negara. Namun begitu, sehingga kini banyak pihak belum mendapat penjelasan yang sebenar akan kebaikan-kebaikan yang terhasil daripada pelaksanaan program tersebut. Sesungguh, jika dihalusi secara mendalam Program Latihan Khidmat Negara menjanjikan pelbagai manfaat kepada rakyat Malaysia.

Program Latihan Khidmat Negara bakal melahirkan warga negara yang cinta akan tanah air. Selama ini warga negara ini, khususnya golongan remaja tidak memberi perhatian terhadap perkara ini. Pada anggapan mereka negara ini ditadbir oleh kerajaan tanpa melibatkan rakyat jelata. Selain itu golongan muda hari sudah pudar semangat cinta akan air kerana kemewahan hidup, keamanan, dan kemudahan yang cukup, telah melalaikan mereka. Oleh itu semangat cinta akan tanah air perlu diterapkan dengan kaedah yang lebih berkesan supaya jiwa golongan remaja kembali diisi dengan semangat patriotisme yang tinggi, bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya. Jadi, program ini merupakan satu kaedah yang sesuai untuk melahirkan warga negara yang cinta akan tanah air.

Selain itu Program Latihan Khidmat Negara juga akan menerapkan semangat kepimpinan dalam kalangan remaja lepasan sekolah. Semangat kepimpinan sangat penting kerana pemimpin yang baik bakal mempengaruhi kestabilan sesebuah negara. Kepemimpinan yang baik juga dapat menjamin hasrat negara untuk menjadi sebuah negara yang maju, di samping mengekalkan nilai-nilai murni dan budaya masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Golongan muda perlu didedahkan dengan konsep kepimpinan yang dapat menjamin kelangsungan kemerdekaan sesebuah negara. Golongan muda ialah generasi yang bakal mewarisi pentadbiran negara suatu hari nanti. Justeru, mereka perlu memiliki semangat kepimpinan bagi memenuhi keperluan kepimpinan negara pada masa hadapan.

Satu lagi kebaikan program ini ialah pemupukan semangat perpaduan dalam kalangan remaja pelbagai kaum. Seperti yang diketahui umum, perpaduan merupakan satu aset penting ke arah kemajuan negara. Perpaduan bakal menentukan iklim politik, ekonomi, sosial, dan sebagainya berada pada tahap yang selesa. Tanpa perpaduan, negara ini akan kucar-kacir dan bakal mencetuskan kekacauan. Pihak luar sudah pasti mengambil peluang daripada ketidakstabilan negara kerana bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Isu perpaduan sangat penting dalam sesebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti negara ini. Remaja pelbagai kaum perlu disedarkan peranan masing-masing dalam memelihara semangat perpaduan agar negara terus aman. Oleh itu, program yang membolehkan remaja pelbagai kaum bergaul sesama sendiri dilaksanakan agar semangat perpaduan terus mekar dan menjadi sebahagian daripada amalan hidup mereka.

Program Latihan Khidmat Negara akan membentuk disiplin dalam kalangan peserta iaitu golongan remaja. Program ini dikendalikan dalam bentuk separa ketenteraan serta menerapkan sebahagian cara hidup seorang anggota pasukan keselamatan. Disiplin yang agak ketat bakal membentuk masyarakat yang berwibawa dan bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan kepada mereka, bak kata pepatah bagaimana acuan begitulah bentuknya. Masyarakat yang memiliki disiplin yang baik, bakal mengurangkan masalah kerajaan dalam menangani gejala sosial, seperti penagihan dadah, gangsterisme, buli, peras ugut, dan sebagainya. Golongan remaja perlu diterapkan dengan disiplin yang baik kerana mereka sering terdedah kepada unsur-unsur atau pengaruh-pengaruh yang tidak sihat, Jadi, program berkenaan dapat membentuk remaja dengan disiplin yang utuh.

Program Latihan Khidmat Negara juga akan mengurangkan gejala sosial dalam kalangan remaja lepasan sekolah. Gejala sosial berlaku apabila golongan remaja menghabiskan waktu dengan cara melepak bersama-sama rakan di tempat-tempat awam. Remaja lepasan sekolah biasanya mempunyai masa terluang yang banyak sementara menanti peluang melanjutkan pelajaran atau memenuhi pasaran kerja. Oleh yang demikian, mereka memerlukan aktiviti-aktiviti yang membolehkan masa diisi dengan berfaedah sebelum mereka terjerumus ke kancah gejala sosial yang lebih parah, atau sebelum kudis menjadi tokak. Dengan adanya program ini, golongan remaja yang terpilih akan ditempatkan di kem latihan sepenuh masa selama tiga bulan. Oleh itu pergerakan mereka akan terhad di sekitar kawasan yang dikhususkan kepada mereka. Mereka tidak dibenarkan keluar dan menghabiskan masa di luar tanpa tujuan. Hasilnya, gejala sosial dapat dibendung dengan jayanya jika golongan remaja menyertai program berkenaan.

Tambahan pula program ini mendedahkan golongan remaja kepada kerja-kerja yang bercorak kebajikan. Golongan remaja masa kini biasanya hidup dalam keadaan mewah dan hanya mementingkan gaya hidup yang bebas. Mereka jarang diajak untuk menabur bakti dengan melakukan kerja-kerja kebajikan. Dalam program ini model khidmat masyarakat yang melibatkan kerja-kerja kebajikan diperkenalkan supaya peserta dalam memberikan sumbangan ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Mereka dihantar untuk bekerja membersihkan kawasan perumahan, rumah-rumah kebajikan, rumah anak yatim, dan sebagainya. Dengan cara ini golongan remaja akan menjadikan kerja-kerja kebajikan sebagai sesuatu yang boleh dilakukan sepanjang masa dan bukan pada masa-masa tertentu sahaja.

Kesimpulannya, Program Latihan Khidmat negara mendatangkan pelbagai manfaat kepada golongan remaja. Oleh itu semua pihak tidak perlu mempertikaikan kewajaran pelaksanaan program berkenaan. Sebagai rakyat Malaysia, kita tidak mahu golongan remaja masa kini terus terjebak dalam gejala-gejala yang tidak sihat. Remaja hari ialah pemimpin pada masa akan datang. Dengan pelaksanaan program ini, kita berharap golongan remaja hari ini akan menjadi tonggak penting dalam memenuhi keperluan modal insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. (790 perkataan)

source:http://drghazali.blogspot.com
















PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN


· Kita dapat menyaksikan betapa…
· Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana…
· Lazimnya, dalam keadaan …
· Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah …
· Pada hemat saya …
· Pada pandangan saya …
· Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa …
· Sebagaimana yang kita ketahui
· Sebagaimana yang kita maklumi
· Sejak awal lagi
· Sejak kebelakangan ini
· Selain itu, pada masa ini juga
· Seperti yang telah dinyatakan
· Umum mengetahui bahawa
· Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas

PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN

· Bagi sesetengah orang …
· Begitu juga dengan …
· Begitu juga halnya dengan …
· Bertitik tolak daripada itu …
· Bukan itu sahaja …
· Dalam hal ini …
· Dalam konteks ini ..
· Dalam zaman yang serba canggih ini …
· Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa …
· Dengan adanya …
· Dengan berbuat demikian …
· Dengan perkataan lain ..
· Disebabkan hal itu
· Disebabkan keistimewaan inilah kita ..
· Hal ini berlaku disebabkan
· Hal ini penting dalam
· Hal ini serupa dengan
· Hal yang serupa berlaku apabila
· Ini disebabkan
· Ini membuktikan bahawa
· Ini menggambarkan bahawa
· Ini secara tidak langsung akan
· Ini semua meninggalkan kesan kerana
· Ini tentu sekali membuatkan
· Jadi kita perlu
· Jadi kita hendaklah
· Keadaan ini tentunya
· Lantaran itu sehingga kini
· Kesemua ini menyumbang kepada
· Kita mengakui hakikat bahawa
· Kita sering menonton di kaca televisyen
· Kita sering membaca di dada-dada akhbar
· Memandangkan keadaan yang sedemikian
· Namun sejak kebelakangan ini
· Oleh itu, bolehlah dikatakan
· Secara logiknya masa yang
· Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita
· Keadaan ini seharusnya boleh
· Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini
· Kendatipun demikian, kita masih
· Yang paling nyata ialah
· Yang perlu kita pastikan ialah

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK

· Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak
· Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan
· Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian ….. pada tahun …… menunjukkan bahawa sebanyak …………

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH

· Sebagai contohnya
· Biar kita lihat
· Biar kita ambil contoh
· Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah
· Sebagai analoginya,
· Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah

PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN

· Intihanya,
· Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas
· Konklusinya,
· Dengan ini diharapkan
· Bukan itu sahaja
· Mudah-mudahan perkara ini
· Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa
· Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perkara ini akan …
· Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama

source:
http://mindasasterabahasa.blogspot.com

PENANDA WACANA



Bahasa Melayu
Karangan
Penanda Wacana

PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN

· Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu …
· Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah ….
· Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.
· Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.
· Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …
· Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan …

PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN

· Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.
· Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.
· Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.
· Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan …….
· Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.

...kalau tak faham makna perkataan tertentu klik di sini [Kamus Online]

Kaedah Pengembangan Isi Karangan

Kaedah Pengembangan Isi Karangan TFFP




2Pm-Without You


Saya memperkenalkan satu kaedah mengembangkan isi karangan. Kaedah ini saya namakan TFFP, dan merupakan satu komponen dalam kaedah mengarang menggunakan formula yang saya perkenalkan beberapa tahun yang lalu. Yang berikut ialah penerangan ringkas tentang penggunaan kaedah TFFP.
Makalah ini memperkenalkan satu kaedah menulis perenggan isi yang senang diikuti dan digunakan apabila menjawab soalan karangan jenis pendapat, perbincangan, atau fakta, mahupun jenis-jenis lain yang bercorak deskriptif. Malah jika dikuasai dengan baik, kaedah ini juga dapat membantu calon menulis karangan-karangan jenis lain termasuk karangan jenis syarahan, perbahasan, keperihalan, dan seumpamanya. Kaedah ini dinamakan Kaedah TFFP. Kaedah ini agak berlainan daripada panduan-panduan yang pernah diketengahkan sebelum ini. Hal ini demikian kerana penulisan ayat isi bagi sesuatu perenggan dipecahkan kepada empat bahagian iaitu:

i. Ayat Topik ( T )
ii. Huraian Frasa 1 (F1)
iii. Huraian Frasa 2 (F2)
iv. Penegasan/Rumusan Perenggan. (P)

Ayat Topik (T)

Ayat Topik ialah ayat untuk mengetengahkan isi bagi karangan. Isi pula ialah idea utama atau perkara penting yang merujuk kepada soalan karangan yang ditulis. Pelajar dinasihati menggarisi kata kunci dalam soalan sebelum menyenaraikan isi karangan. Amalan ini akan mengelakkan karangan yang ditulis itu terkeluar daripada tajuk perbincangan.

Ayat topik digalakkan untuk ditulis dengan memasukkan dua unsur penting dalam dua frasa. Frasa pertama menjadi fokus isi. Frasa kedua pula merupakan pelengkap kepada fokus isi berkenaan. Ayat isi yang hanya menyertakan fokus sahaja tidak begitu baik kerana tidak lengkap dan tidak menampakkan kematangan fikiran orang yang menulisnya. Cuba bandingkan kedua-dua ayat yang yang berikut:

1(a) Satu langkah untuk mengatasi krisis air adalah dengan melaksanakan kempen.
1(b) Satu langkah untuk mengatasi krisis air adalah dengan melaksanakan kempen yang lebih berkesan.
2(a) Punca gejala cetak rompak terus berleluasa adalah disebabkan tidak ada tindakan yang tegas.
2(b) Punca gejala cetak rompak terus berleluasa adalah disebabkan tidak ada tindakan yang tegas dilaksanakan terhadap pembeli, penjual, dan pengilang yang terlibat.
3(a) Antara kesan pelaksanaan sekolah satu sesi adalah pelajar mempunyai lebih banyak masa untuk belajar.
3(b) Antara kesan pelaksanaan sekolah satu sesi adalah pelajar mempunyai lebih banyak masa untuk belajar di bawah penyeliaan guru-guru.

Ayat 1(b), 2(b), dan 3(b) lebih mantap kerana lebih jelas dan lengkap. Semasa membuat huraian, ayat 1(b), 2(b), dan 3(b) memberi ruang yang lebih bagi pelajar menunjukkan kematangan fikiran mereka. Justeru pelajar mempunyai lebih banyak idea untuk dikembangkan. Perkara ini akan membantu pelajar untuk mengatasi masalah ketidakcukupan jumlah perkataan dalam karangan.

Biasanya ayat topik atau isi utama ialah isi karangan yang telah ditetapkan oleh pelajar semasa membuat draf atau perancangan menulis karangan. Cara inilah yang biasanya diajar oleh guru-guru di sekolah. Amalan merancang atau menulis isi terlebih dahulu sebelum menulis adalah baik kerana mengelakkan pelajar daripada lupa. Jadi, pelajar dinasihati supaya mengamalkan cara ini setiap kali menulis karangan. Yang penting, guru-guru perlu melatih pelajar supaya menulis ayat topik yang terdiri daripada dua frasa yang boleh dihuraikan dengan lebih panjang.

Frasa 1 dan Frasa 2

Seperti yang disarankan, ayat topik hendaklah terdiri daripada dua frasa. Contohnya, cuba lihat ayat-ayat topik yang berikut:
i. Satu langkah untuk mengatasi krisis air adalah dengan melaksanakan kempen yang lebih berkesan.
ii. Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap orang yang mencuri air.
iii. Langkah lain yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi krisis bekalan air adalah dengan mengawal penebangan hutan di kawasan tadahan.
iv. Seterusnya, krisis bekalan air juga dapat ditangani dengan menggantikan saluran paip yang rosak dengan paip yang tahan lebih lama.

Jika diperhatikan ayat-ayat topik yang disenaraikan, setiap ayat dibina dengan menggunakan dua frasa yang utama dan boleh dihuraikan secara berasingan. Ayat (i) misalnya, Frasa 1 (F1) ialah melaksanakan kempen. Frasa 2 (F2) pula ialah yang lebih berkesan.

Dalam ayat (ii) F1 ialah mengambil tindakan tegas, dan F2 pula ialah orang yang mencuri air. Semasa membuat huraian, pelajar boleh menghuraikan kedua-dua frasa tersebut secara berasingan sebelum merumuskan kedua-dua dalam satu atau dua ayat yang lengkap. Contoh-contoh boleh disertakan semasa menghuraikan kedua-dua frasa berkenaan. Begitu juga halnya dengan isi-isi yang lain. Perkara penting yang perlu dikuasai oleh pelajar ialah cara untuk membahagikan ayat isi mereka kepada frasa-frasa yang dapat dihuraikan dengan sistematik.

Penegasan/Rumusan Perenggan (P)

Setiap perenggan wajar disimpulkan dengan rumusan bagi perenggan berkenaan. Penanda wacana yang disesuaikan wajar digunakan bagi menunjukkan bahawa perenggan tersebut telah ditutup dengan baik. Contohnya:
i. Jadi, dengan kempen yang lebih berkesan, krisis air yang berlaku sekarang dapat diatasi dengan lebih cepat.
ii. Oleh hal yang demikian, pihak berkuasa wajar bertindak tegas terhadap orang yang mencuri air untuk memastikan krisis air dapat ditangani secepat yang mungkin.
iii. Justeru, penebangan hutan di kawasan tadahan perlu dikawal agar krisis air tidak terus mengancam kehidupan masyarakat.
iv. Jadi, penggantian saluran paip yang lama perlu disegerakan agar krisis air yang berlaku sekarang tidak berterusan.

Menulis perenggan isi

Setelah mengenal pasti perkara-perkara tersebut, maka pelajar boleh menulis perenggan mengikut kaedah yang dicadangkan iaitu kaedah T, F1, F2, dan P. Dalam setiap perenggan, keempat-empat perkara tersebut perlu dititikberatkan supaya perenggan yang ditulis itu lengkap dan menarik. Selain itu calon dapat menulis dalam jumlah perkataan yang lebih banyak.
Ayat (i) dapat dihuraikan dengan mudah apabila pelajar menghuraikannya mengikut frasa yang telah ditetapkan. Frasa 1 boleh dihuraikan seperti yang berikut:

Huraian F1 (melaksanakan kempen)

Kempen merupakan cara yang paling mudah untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Pelbagai media boleh digunakan oleh menyalurkan maklumat tentang kepentingan amalan penjimatan air. Contohnya, surat khabar, radio, dan televisyen ialah media yang sentiasa dekat dengan masyarakat. Selain itu kempen secara langsung dari rumah ke rumah juga wajar dilaksanakan.

Huraian F2 (yang lebih berkesan)

Selama ini kempen yang dilaksanakan kurang berkesan kerana tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Pihak yang berkenaan melaksanakannya tidak ubah seperti melepaskan batuk di tangga. Kini tibalah masanya pihak-pihak nyang terbabit bertindak dengan lebih agresif agar kempen penjimatan air mencapai matlamat yang diharapkan.

Kedua-dua huraian ini dicantumkan dalam satu perenggan bersama-sama ayat isi dan juga rumusan perenggan. Maka perenggan tersebut akan menjadi sebuah perenggan yang lengkap seperti yang berikut.

Satu langkah untuk menjimatkan air adalah dengan melaksanakan kempen yang lebih berkesan. Kempen merupakan cara yang paling mudah untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Pelbagai media boleh digunakan untuk menyalurkan maklumat tentang kepentingan amalan penjimatan air. Contohnya, surat khabar, radio, dan televisyen ialah media yang sentiasa dekat dengan masyarakat. Selain itu kempen secara langsung dari rumah ke rumah juga wajar dilaksanakan. Selama ini kempen yang dilaksanakan kurang berkesan kerana tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Pihak yang berkenaan melaksanakannya tidak ubah seperti melepaskan batuk di tangga. Kini, tibalah masanya pihak-pihak yang terbabit bertindak dengan lebih agresif agar kempen penjimatan air mencapai matlamat yang diharapkan. Jadi, dengan kempen yang lebih berkesan, krisis air yang berlaku sekarang dapat diatasi dengan lebih cepat. (110 perkataan)

Dengan berdasarkan penjelasan yang diberi, pelajar-pelajar boleh mencuba untuk membahagikan ayat-ayat topik yang berikut kepada F1 dan F2. Selepas itu cuba huraikan setiap frasa itu dengan jelas dan cantumkan huraian-huraian itu supaya menjadi perenggan isi yang lengkap.

a. Antara punca pencemaran sungai ialah pembuangan sisa toksik oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
b. Aktiviti kokurikulum mendidik pelajar supaya menjadi lebih berdisiplin.
c. Salah satu cara untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya adalah dengan menguatkuasakan undang-undang yang tegas terhadap pengguna jalan raya yang ingkar.

Perenggan contoh

Ayat topik : Punca gejala cetak rompak terus berleluasa adalah disebabkan tidak ada tindakan yang tegas dilaksanakan terhadap pembeli, penjual, dan pengilang yang terlibat.

F1 : tidak ada tindakan yang tegas
F2 : terhadap pembeli, penjual, dan pengilang yang terlibat.

Huraian lengkap

Punca gejala cetak rompak terus berleluasa adalah disebabkan tidak ada tindakan yang tegas dilaksanakan terhadap pembeli, penjual, dan pengilang yang terlibat. Selama ini tindakan yang dilaksanakan bersifat mengikut musim. Pegawai yang diamanahkan untuk bertindak memiliki sikap tidak ubah seperti pahat dengan pemukul. Tindakan hanya dilakukan dalam tempoh yang terhad. Selain itu tindakan yang dijalankan juga tidak begitu tegas dan hanya untuk memenuhi rutin kerja pegawai-pegawai yang terbabit. Ada juga unsur-unsur penyelewengan yang berlaku sehingga menyebabkan gejala ini tidak dapat diatasi. Satu bentuk tindakan yang menyeluruh patut dikuatkuasakan terhadap semua pihak yang menyebabkan gejala ini berlaku. Tindakan patut dikenakan terhadap pembeli, penjual, dan pengilang bahan-bahan cetak rompak. Ketiga-tiga golongan ini merupakan penyebab utama berlaku gejala tersebut. Tindakan terhadap satu pihak sahaja tidak akan meninggalkan kesan yang diharapkan. Oleh yang demikian satu bentuk tindakan yang lebih tegas patut dilaksanakan meliputi semua pihak yang terbabit dalam gejala ini. (140 perkataan)

Rasionalnya, jika satu perenggan isi mengandungi lebih daripada 100 perkataan, karangan calon sudah pasti dapat memenuhi kehendak jumlah perkataan seperti dalam soalan. Oleh itu calon layak mendapat markah yang tinggi dengan syarat isi-isi tersebut adalah mantap, bahasa baik dan bervariasi, menepati tajuk, dan dipersembahkan dengan baik. Selain itu contoh-contoh dapat diberi dengan lebih banyak iaitu semasa menghuraikan kedua-dua frasa dalam ayat topik secara berasingan. Maka cara ini dapat membantu calon mengatasi beberapa kelemahan dalam menulis karangan, terutama dari aspek jumlah perkataan.

Langkah-Langkah Menangani Jenayah Ragut di Malaysia

Karangan Rangsangan

Langkah-Langkah Menangani Jenayah Ragut di Malaysia.


Marcapada ini, pidana ragut di peringkat lokal semakin membimbangkan. Lebih ruwet lagi, kes-kes ragut acapkali berakhir dengan kematian. Hal ini berpotensi disebabkan oleh kurangnya kesedaran jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) dalam diri peragut selain kedaifan perspektif mereka terhadap agama. Oleh yang demikian, semua pihak harus bersinergi agar jumlah kes ragut di Malaysia mampu dikurangkan. Namun begitu, apakah langkah-langkah yang boleh dilaksanakan demi membejat pertambahan kes tersebut?


Inisiatif yang boleh dilakukan antara lain adalah menasihati umum terutamanya kaum hawa agar tidak membawa barang-barang berharga ketika keluar dari rumah. Hal ini kerana, kehausan wang adalah punca utama peragut sanggup menindas kaum yang lemah ini. Ironinya, wanita dewasa ini sering memperaga barang kemas segagai simbol kemewahan tetapi mereka kurang arif bahawa obsesi itu berkemungkinan memakan diri mereka.


Selain itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) harus melakukan anjakan paradigma dengan memperkasakan hukuman terhadap pesalah ragut. Jika PBT terus berpeluk tubuh, sampai bilakah orang ramai akan terus alpa dengan persepsi bahawa hukuman jenayah ragut adalah ringan? Maka, apabila hukuman tersebut wujud dengan izhar, secara tidak langsung hal tersebut berjaya menimbulkan kegusaran di hati orang ramai yang cuba meragut.


Di samping itu, pihak yang dominan seperti PBT juga perlu menggerakkan kewujudan kempen-kempen memerangi pidana ragut. Perkara ini berikutan, masyarakat lokal masih mengerling enteng tentang impak negatif jenayah ragut terhadap mangsanya. Penjanaan kempan-kempen kesedaran di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi merupakan mangkin yang efektif demi mengurangkan jumlah kes ragut di peringkat tempatan secara holistik.


Akhirulkalam, semua golongan harus mengamalkan usaha yang pragmatis agar imej negara tidak tercalar dari pandangan pelancong-pelancong asing yang datang melawat Malaysia. Lebih utama lagi, kita harus memikirkan trauma yang dialami oleh mangsa ragut yang berpotensi untuk menjejaskan kehidupannya. Janganlah kita mengambil sikap sambil lewa dan hanya akan sedar sekiranya berlaku kematian dalam kalangan mangsa ragut seperti kata pepatah 'sudah terhantuk baru terngadah'.


SINONIM
1. marcapada: kini
2. jasmani: jasad, tubuh
3. emosi: perasaan
4. rohani: roh, semangat
5. intelek: ilmu
6. inisiatif: ikhtiar
7. ironinya: sebaliknya yang berlaku
8. obsesi: kegemaran
9. anjakan paradigma: lonjakan ke tahap yang lebih baik
10. alpa: lupa, leka
11. dominan: berpengaruh
12. mengerling: memandang
13. enteng: mudah
14. mengerling enteng: memandang sebelah mata, tidak ambil berat
15. mangkin yang efektif: usaha yang berkesan
16. holistik: menyeluruh
17. pragmatis: praktikal, mudah diamalkan tetapi masih berkesan
18. sudah terhantuk baru terngadah: timbul kekesalan selepas sesuatu berlaku

Langkah-langkah untuk membendung jenayah

Ringkasan Contoh

























Tulis ringkasan tentang langkah-langkah untuk membendung jenayah. [20 markah]

Antara langkah untuk membendung jenayah termasuklah kita bersama-sama mengawal keselamatan kawasan perumahan kita. Kita perlu mengenali tetangga dengan lebih erat untuk menyenangkan kita meminta pertolongan. Selain itu, kita hendaklah sentiasa berwaspada dengan orang yang tidak dikenali. Pejalan kaki mestilah menghindarkan diri daripada melalui kawasan yang sepi. Seterusnya, masyarakat perlu peka apabila terdengar jeritan orang menghendaki bantuan. Pihak polis hendaklah melakukan rondaan dengan lebih kerap di taman perumahan. Selanjutnya, penduduk bersepakat dengan menyertai Rukun Tetangga dan bertugas mengawasi taman perumahan pada waktu malam.
[81 patah perkataan]

Nota:
Semua kosa kata yang dihitamkan dalam ringkasan contoh di atas merupakan kosa kata baharu yang sinonim dengan perkataan asal, iaitu:
1. mengawal = menjaga
2. tetangga = jiran
3. erat = rapat
4. menyenangkan = memudahkan
5. berwaspada = berhati-hati
6. menghindarkan = mengelakkan
7. sepi = sunyi
8. peka = prihatin
9. menghendaki = meminta
10. bantuan = pertolongan
11. melakukan = membuat
12. mengawasi = mengawal

Panduan penulisan ringkasan cemerlang:

1.Semua pelajar mesti mematuhi arahan soalan, iaitu “Anda digalakkan menggunakan
ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan”

2. Semua pelajar dinasihati dan diingatkan agar tidak menyalin mana-mana perenggan
atau petikan secara keseluruhan.

3. Gunakan penanda wacana yang sesuai.
4. Tulis ringkasan dalam satu perenggan sahaja.
5. Pelajar, sebaik-baiknya, dalam setiap ayat perlu menukarkan perkataan asal dengan
perkataan baharu yang sinonim dengan perkataan asal dalam petikan.
6. Pelajar perlu akur dengan jumlah perkataan yang telah ditetapkan, iaitu tidak melebihi
80 patah perkataan
.


source:

punca-punca berlakunya kemalangan maut di jalan raya.

Karangan Rangsangan Contoh 2





SNSD-Girls Generation-Oh


Lihat gambar di bawah dengan teliti.


Huraikan pendapat anda tentang punca-punca berlakunya kemalangan maut di jalan raya. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
[20 markah]



Akhir-akhir ini, isu kemalangan maut di jalan raya semakin membimbangkan masyarakat tempatan. Terdapat banyak punca yang menyebabkan perkara ini berlaku.

Antara punca kemalangan maut termasuklah sikap sesetengah pemandu tegar yang suka melanggar lampu isyarat. Ketidakpatuhan mereka ini menyebabkan kadar kemalangan maut kian meningkat.

Selanjutnya, ada pemandu yang menggunakan telefon bimbit atau mabuk ketika memandu kenderaan. Hal ini menyebabkan mereka kehilangan tumpuan sekali gus membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Seterusnya, keadaan jalan raya yang tidak sempurna turut mengundang kemalangan maut. Sebagai tamsilnya, keadaan jalan raya yang sempit atau licin boleh membawa kecelakaan kepada pemandu yang tidak berwaspada di jalan raya.

Kesimpulannya, semua pengguna jalan raya seyogianya mematuhi peraturan lalu lintas kerana pemanduan yang berhemah boleh mengurangkan kadar kemalangan maut di Malaysia.

[121 patah perkataan]


kepentingan komputer dalam kehidupan.



2Pm-without You

Karangan Jenis Rangsangan 4

Dengan berdasarkan gambar di bawah, huraikan pendapat anda tentang kepentingan komputer dalam kehidupan. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.




Komputer yang merupakan salah satu wahana telekomunikasi yang canggih semakin digemari oleh masyarakat kini. Terdapat banyak kepentingan komputer dalam kehidupan manusia.

Antara kemaslahatan komputer termasuklah membantu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sebagai buktinya, guru dapat mengakses bahan pengajaran daripada Internet sekali gus menjadikan pembelajaran murid lebih proaktif.

Selain itu, kita dapat menyimpan pelbagai maklumat di dalam komputer. Sebagai tamsilnya, murid dapat menyimpan maklumat yang berkaitan dengan tugasan sekolah dengan selamat di dalam komputer.

Seterusnya, penggunaan komputer memudahkan kerja seseorang. Sebagai contohnya, kartunis moden banyak menggunakan grafik komputer untuk menyiapkan sebuah komik atau filem animasi kontemporari.

Kesimpulannya, kecanggihan komputer tidak dapat dinafikan. Kita seyogianya menggunakan komputer dengan cara yang berhemah agar kita tidak hidup seperti katak di bawah tempurung.

[120 patah perkataan]

punca-punca berlakunya kejadian pembuangan dan pembunuhan bayi.

Karangan Jenis rangsangan

GAMBAR JENIS RANGSANGAN 5




SNSD-Genie



Tulis pendapat anda tentang punca-punca berlakunya kejadian pembuangan dan pembunuhan bayi. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.



Belakangan ini, berita pembuangan dan pembunuhan bayi mendapat perhatian masyarakat setempat. Mengapakah perkara ini kian leluasa? Terdapat banyak punca berlakunya gejala negatif ini.

Satu daripada puncanya ialah kurangnya didikan agama dalam diri seseorang. Didikan agama yang sempurna mampu mengelakkan seseorang daripada melakukan perbuatan membuang dan membunuh bayi.

Seterusnya, bayi yang tidak berdosa dibuang kerana ibu bapa tidak mahu memeliharanya. Hal ini berlaku kerana bayi itu lahir daripada hubungan terlarang antara lelaki dengan perempuan.

Selain itu, bayi dibuang kerana ibu bayi tersebut berasa malu untuk berhadapan dengan keluarga dan cemuhan masyarakat. Tindakan mereka ini diibaratkan nasi sudah menjadi bubur.

Kesimpulannya, semua pihak seyogianya bekerjasama antara satu sama lain untuk membendung gejala negatif ini kerana bayi yang tidak berdosa itu merupakan titipan al-Khalik.

(121 patah perkataan)

source:

Panduan Menulis Pendahuluan Karangan 2

Panduan Mengarang 2





Super Junior-Sorry sorry


Panduan Menulis Pendahuluan Karangan 2
Langkah 1
Calon-calon perlu memahami kehendak soalan dengan membaca soalan berulang-ulang kali. Setelah kehendak soalan dikenal pasti, calon boleh bergerak ke langkah yang berikutnya.

Langkah 2
Perkara-perkara yang hendak ditulis dalam pendahuluan dikategorikan seperti berikut;
Isu (I)
Kesan isu (K)
Tindakan umum (T)
Hasil tindakan (H)
Hubungkaitkan dengan soalan. (H)
Untuk memudahkan calon mengingat perkara-perkara tersebut, singkatan berikut boleh digunakan iaitu IKTHH atau IKT2H.

a. Isu
Bahagian isu boleh ditulis dalam satu atau dua ayat. Bahagian ini meliputi isu-isu yang dibangkitkan dalam soalan. Perkara yang ditulis pada bahagian ini terdiri daripada dua perkara iaitu takrif isu dan senario umum tentang isu berkenaan. Namun begitu jika calon menulis senario umum tentang isu sahaja pun sudah memadai. Misalnya, jika soalan memerlukan calon membincangkan cara-cara membanteras gejala cetak rompak, calon perlu menggambarkan senario gejala berkenaan masa kini. Contohnya,
Isu cetak rompak merupakan duri dalam daging industri hiburan di negara kita.
Gejala cetak rompak telah wujud sekian lama dan menjejaskan industri hiburan di negara kita.

b. Kesan isu

Perkara yang kedua yang dimasukkan ke dalam pendahuluan ialah kesan isu yang dibicarakan. Kesan yang dimaksudkan ialah kesan umum yang sudah diketahui. Contohnya,
Masalah cetak rompak menjejaskan artis-artis kerana titik peluh mereka seolah-olah dirampas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Gejala cetak rompak menjejaskan pendapatan artis-artis dan karyawan seni kerana hasil karya mereka telah dicuri dengan sewenang-wenangnya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

c. Tindakan umum

Seterusnya calon memasukkan tindakan secara umum yang diambil pihak-pihak tertentu untuk mengatasi masalah berkenaan. Bahagian ini hanya menyatakan tindakan atau langkah secara umum dan tidak diperincikan. Contohnya;
Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak yang berwajib untuk menyelesaikan masalah ini.
Usaha-usaha yang praktikal telah dilaksanakan untuk membanteras gejala yang semakin menular ini.

d. Hasil tindakan

Setelah menyatakan tindakan umum, perkara yang perlu dimasukkan ke bahagian pendahuluan ialah kesan tindakan tersebut. Kesan-kesan itu mungkin kesan positif atau sebaliknya bergantung kepada isu dan kehendak soalan yang dikemukakan dalam tajuk karangan. Contohnya;
Namun begitu, sehingga kini belum ada penyelesaian yang konkrit untuk menyelesaikan masalah ini.
Walau bagaimanapun, gejala yang sudah lama mencengkam hati ini, belum ada ubat yang mujarab untuk menyelesaikannya.

e. Hubung kait dengan soalan

Akhir sekali, calon perlu menghubungkaitkan kehendak soalan dengan pendahuluan. Pada masa inilah calon akan memfokuskan perkara yang bakal dibincangkan dalam bahagian isi karangan. Contohnya;
Sesungguhnya, gejala cetak rompak meninggalkan kesan yang besar terhadap industri hiburan negara kita. (Jika soalan menghendaki calon membincangkan kesan-kesan gejala cetak rompak)
Dalam hal ini, terdapat banyak punca yang menyebabkan gejala cetak rompak berleluasa dan tidak dapat ditangani sepenuhnya. (jika soalan menghendaki calon membincangkan punca-punca gejala cetak rompak)

source:

Panduan Menulis Kesimpulan Karangan

Panduan Mengarang




Super Junior-Super Girl


Panduan Menulis Kesimpulan Karangan
Sama seperti bahagian pendahuluan, bahagian kesimpulan karangan juga sangat penting untuk diberikan perhatian oleh calon-calon. Kesimpulan yang baik dan mantap akan menyerlahkan kematangan calon dalam membicarakan sesuatu isu yang diperlukan oleh soalan. Oleh itu, calon-calon perlu menulis kesimpulan yang baik untuk karangan mereka. Sesebuah karangan yang baik akan terjejas kualitinya jika bahagian kesimpulan tidak diberikan perhatian yang serius. Makalah ini menerangkan beberapa panduan asas yang perlu dilakukan oleh calon semasa membuat kesimpulan karangan.
Dalam bahagian kesimpulan beberapa perkara harus dititikberatkan untuk menunjukkan calon menguasai isu yang diperkatakan. Setiap kesimpulan yang ditulis calon perlu membuat rumusan perbincangan, memberikan cadangan, menyatakan peringatan atau amaran dan akhir sekali menyatakan harapan calon terhadap sesuatu isu yang dibangkitkan dalam perbicangan isi. Perkara-perkara tersebut boleh disusun seperti berikut;
i. Rumusan perbincangan ( R )
ii. Cadangan ( C )
iii. Peringatan/Amaran ( A )
iv. Harapan ( H )

Bagi memudahkan calon mengingat perkara-perkara tersebut, singkatan berikut boleh digunakan iaitu RCAH. Jadi dengan mengingat singkatan berkenaan calon-calon tidak lupa akan perkara-perkara yang perlu disertakan dalam kesimpulan karangan mereka.

i. Rumusan Perbincangan
Bahagian ini memerlukan calon membuat rumusan berdasarkan perbincangan isi-isi yang diutarakan. Rumusan tersebut dibuat secara ringkas tetapi mengaitkan kehendak soalan. Calon dinasihati untuk memberikan penekanan terhadap fokus soalan. Jika soalan tersebut meminta calon menyatakan kesan-kesan sesuatu isu, maka beri penekanan pada kesan-kesan semasa membuat rumusan perbincangan.

Soalan contoh :
Bidang teknologi makllumat dan komunikasi merupakan bidang baharu yang perlu dikuasai oleh masyarakat masa ini. Anda ingin menulis sebuah karangan untuk menyatakan kebaikan-kebaikan teknologi maklumat dan komunikasi terhadap masyarakat. Tulis karangan anda selengkapnya.

Kesimpulan contoh:
Bidang teknologi maklumat dan komunikasi sememangnya mempunyai banyak kebaikan untuk dihitung. (RUMUSAN PERBINCANGAN) Oleh itu sudah tiba masanya seluruh masyarakat digalakkan untuk mempelajari bidang berkenaan dengan lebih serius. (CADANGAN) Jika tidak, masyarakat kita akan terus tercicir dan tersisih daripada perkembangan perdana dunia hari ini. (PERINGATAN ATAU AMARAN) Masyarakat yang dapat menguasai bidang canggih ini, diharap dapat bersaing dalam era globalisasi yang semakin mencabar. (HARAPAN)

Kesimpulan contoh 2.
Tidak dapat dinafikan gejala sumbang mahram mempunyai kesan yang sangat buruk terhadap individu dan masyarakat. Semua pihak perlu berganding bahu untuk membanteras gejala ini daripada terus berleluasa. Jika tindakan sewajarnya tidak diambil, imej masyarakat seluruhnya akan musnah dan dipandang hina. Harapan kita, dengan usaha-usaha yang bersungguh-sungguh, gejala jijik ini dapat diatasi, sekali gus mengembalikan keharmonian dalam masyarakat selaras dengan pembinaan masyarakat madani menjelang tahun 2020.

Kesimpulan contoh 3.
Bekerja sambil belajar ternyata mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Mereka yang terlibat secara langsung dengan perkara ini perlu bijak mengurus masa agar tidak mengabaikan perkara yang penting dalam kehidupan. Jika tidak, ada kemungkinan mereka menyesal dengan tindakan mereka suatu hari nanti. Dengan pengurusan masa yang baik dan fikiran yang rasional, kita harap generasi muda akan lebih berdikari dan berterampilan dalam menempuh hari depan yang semakin mencabar.

source:

Related Posts with Thumbnails