Translate/Tukar Bahasa

[kata-orang]

Aturan "kata-orang", sila guna bahasa yang baik-baik jer ok. Terima kasih kerana support [muodah.blogspot] Kalendar Persekolahan 2013 Koleksi Lagu-lagu Raya Popular Downloads/Muat turun percuma Semakan Status Permohonan Guru antara Daerah, Dalam Daerah dan Negeri (e-GTukar)boleh disemak mulai 10 november 2011. Guru-guru boleh menyemak keputusan permohonan pertukaran guru sekarang. klik di sini untuk semakan status permohonan anda.....
Bookmark and Share
Lot of Visitors
Memaparkan catatan dengan label Peperiksaan PTK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Peperiksaan PTK. Papar semua catatan















“Kursus Kenegaraan yang menjadi syarat wajib kepada penjawat awam untuk menerima anjakan gaji, dimansuhkan selaras pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Mengikut surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertarikh 17 Februari lalu, kursus kenegaraan dikecualikan kepada pegawai yang lulus PTK di Tahap Kecekapan 1 (TK1) dan pegawai yang mendapat aras IV di TK1, sekali gus melayakkan mereka dipertimbangkan anjakan gaji tahun ini.

Surat edaran bertajuk ‘Pengecualian Syarat Kursus Kenegaraan di TK1 dan Urusan Kenaikan Pangkat Selepas Pemansuhan PTK’ ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah menjelaskan pelaksanaan urusan kenaikan pangkat mulai 1 Januari lalu perlu diselaraskan terutama membabitkan pencapaian PTK.

Katanya, tarikh kenaikan pangkat pegawai yang lulus PTK adalah berdasarkan tarikh memangku atau tarikh lulus PTK iaitu mana yang terkemudian, manakala bagi pegawai yang belum lulus PTK, kenaikan pangkat berkuat kuasa selepas 1 Januari 2011.

Ketetapan itu hendaklah digunakan dalam menetapkan tarikh kenaikan pangkat pegawai yang terbabit ketika memperakukan kepada Lembaga Kenaikan Pangkat yang berkenaan sehingga ketetapan baru dikeluarkan.

“Ketua perkhidmatan atau ketua jabatan dalam menimbangkan pegawai bagi urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat boleh memberi keutamaan kepada pegawai yang lulus PTK tetapi ia juga tertakluk kepada syarat skim, merit, kesesuaian dan kepentingan perkhidmatan serta kriteria lain yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat,” katanya.

Awal bulan lalu, Berita Harian melaporkan dakwaan CUEPACS mengenai beratus penjawat awam yang berhak mendapat kenaikan gaji RM200 hingga RM400 sebulan selepas lulus PTK aras IV tahun lalu, tidak mendapatnya berikutan tindakan Biro Tatanegara (BTN) menghentikan Kursus Kenegaraan.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng, dilaporkan berkata penjawat awam terbabit tidak menerima sebarang makluman daripada BTN berhubung kursus itu sehinggalah pihaknya menghubungi mereka dan dimaklumkan kursus berkenaan dihentikan sehingga Jun depan.

Lok yang menghubungi Berita Harian, kelmarin berkata pengecualian kursus kenegaraan akan memberi faedah kepada beribu penjawat awam yang sedang menunggu kenaikan pangkat, tetapi penjawat awam masih terikat dengan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dan perakuan ketua jabatan untuk melayakkan mereka menerima anjakan gaji.”

.....maklumat yang dipetik dari laman web rasmi Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK/NUTP)


PERMOHONAN SECARA ATAS TALIAN UNTUK MENDUDUKI PENILAIAN PEMAHAMAN PTK BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN(PPP) GRED DG54, DG52, DG48, DGA38 DAN DGA34 SERTA ANGGOTA KHIDMAT SOKONGAN (AKS) GRED 26 BAGI SESI 2 TAHUN 2010.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan mengadakan Penilaian Pemahaman PTK Sesi 2 Tahun 2010 pada 25 September2010 (Sabtu). Sehubungan itu, calon-calon seperti berikut yang ingin menduduki atau mengulang komponen Penilaian Pemahaman PTK boleh memohon secara atas talian mulai 2 Julai hingga 31 Julai 2010 di alamat seperti berikut : http://apps.emoe.gov.my/bppk/

-Peg. Perkhidmatan Pendidikan Siswazah(PPPS) Gred DG48, DG52 & DG54
-Peg. Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma(PPPLD) Gred DGA34 & DGA38
-Anggota Khidmat Sokongan(Bukan Gunasama) Gred 26 di KPM.

Tiket Menduduki PTK Sesi Jun 2010

Tiket Menduduki PTK Sesi Jun 2010



















cetak Tiket PTK Jun 2010

Sila semak tiket anda dengan teliti. Permohonan PEMBETULAN MAKLUMAT PERIBADI CALON ditutup pada 10 Mei 2010 (Isnin)

Sila buat permohonan secara terus ke MPM dengan menggunakan Borang PTK/PMP yang terdapat pada halaman 33-34 buku panduan PTK Sesi Jun 2010 dan Para 11 halaman 14.

Sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakkan - calon hendaklah melayari laman Web MPM ( http://www.mpm.edu.my/ptkedit/ ) untuk dimuat turun dan mencetaknya sendiri.

Bagi calon-calon yang telah memohon pertukaran pusat setelah pendaftaran dibuat, dan tiket anda tidak ada dalam senarai tiket yang anda terima ini, sila buat semakan pusat dan cetakan tiket anda pada pautan -->> http://www.mpm.edu.my/ptkedit/

Related Posts with Thumbnails