Translate/Tukar Bahasa

[kata-orang]

Aturan "kata-orang", sila guna bahasa yang baik-baik jer ok. Terima kasih kerana support [muodah.blogspot] Kalendar Persekolahan 2013 Koleksi Lagu-lagu Raya Popular Downloads/Muat turun percuma Semakan Status Permohonan Guru antara Daerah, Dalam Daerah dan Negeri (e-GTukar)boleh disemak mulai 10 november 2011. Guru-guru boleh menyemak keputusan permohonan pertukaran guru sekarang. klik di sini untuk semakan status permohonan anda.....
Bookmark and Share
Lot of Visitors

Subjek sejarah menjadi mata pelajaran WAJIB LULUS SPM 2013




KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan untuk menaik taraf status Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah tersebut bererti setiap calon perlu lulus mata pelajaran Sejarah sebagai syarat untuk mendapat sijil SPM seperti mana mata pelajaran Bahasa Malaysia sebelum ini.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pada masa ini di peringkat sekolah menengah, mata pelajaran Sejarah adalah mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh semua pelajar.

“Selaras dengan pandangan yang dikemukakan oleh sebahagian besar jurucakap dalam Perhimpunan Agung UMNO, saya mengumumkan bahawa Kementerian Pelajaran memutuskan untuk menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM mulai 2013 seperti mana mata pelajaran Bahasa Malaysia sebagai syarat untuk mendapat sijil SPM,” katanya.

source:kosmo

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails