Peribahasa - Bidalan
Ada gula ada semut
Maksud : Orang akan bertumpu di tempat yang senang mencari rezeki
Ada sampan hendak berenang
Maksud : Sengaja bersusah payah sedangkan kemudahan ada
Air dicencang tidak akan putus
Maksud : Perbalahan antara adik-beradik tidak akan sampai bercerai-berai
Anak harimau diajar makan daging
Maksud : Orang yang sedia zalim digalakkan pula melakukan kejahatan
Anjing menyalak bukit tidak akan runtuh
Maksud : Orang yang baik walaupun dicela tidak akan mendatangkan kesan terhadapnya
Anjing ditepuk menjungkit ekor
Maksud : Orang yang miskin atau hina apabila dihormati akan menjadi sombong
Belakang parang kalau diasah lagikan tajam
Maksud : Orang yang bodoh sekalipun jika diajar akan pandai juga
Berkerat rotan berpatah arang
Maksud : Perselisihan yang tidak akan dapat berbaik-baik sernula
Biar titik jangan tumpah
Maksud : Menanggung kerugian kecil adalah lebih baik daripada menanggung kerugian yang besar/ bankrap
Bunga disunting perdu dibuang
Maksud : Orang yang hanya menyayangi isterinya tetapi memusuhi mentuanya
Campak baju nampak kurap
Maksud : Mendedahkan keburukan diri sendiri
Dalam dua, tengah tiga
Maksud : Tidak jujur
Dalam kilat ada kilau
Maksud : Terdapat makna yang tersembunyi dalam sesuatu percakapan
Dalam rumah buat rumah
Maksud : Mencari keuntungan atas modal orang lain
Darah baru setampuk pinang
Maksud : Masih terlalu muda (belum berpengalaman)
Enggang lalu ranting patah
Maksud : Seseorang yang mendapat kecelakaan kerana kebetulan lalu atau berada di tempat kejadian
Gagak bersuara murai
Maksud : Seseorang yang bersuara merdu dan berbudi bahasa walaupun tidak cantik
Gayung bersambut, kata berjawab
Maksud : Menjawab pertanyaan dengan cepat
Geruh tidak mencium bau
Maksud : Kemalangan yang tidak diketahui terlebih dahulu
Hangat-hangat tahi ayam
Maksud : Membuat kerja bersungguh-sungguh pada peringkat awal sahaja kemudian beransur-ansur malas
Hari tak selamanya panas
Maksud : Untung atau rugi itu saling berkait atau kebahagiaan itu tidak selalunya berpanjangan
Jauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor
Maksud : Berani bercakap besar di belakang sahaja sedangkan takut jika berhadapan
Karam berdua, basah seorang
Maksud : Dua orang yang melakukan kesalahan tetapi seorang sahaja yang dihukum
Lempar batu sembunyi tangan
Maksud : Berpura-pura tidak tahu selepas melakukan sesuatu kesalahan
Marahkan pijat, kelambu dibakar
Maksud : Disebabkan marah kerana perkara kecil, seseorang itu melibatkan perkara yang besar dan merugikan diri sendiri
Naga ditelan ular lidi
Maksud : Anak orang bangsawan berkahwin dengan anak orang biasa
Orang karam di laut, kita karam di darat
Maksud : Mendapat kesusahan tidak pada tempatnya
Orang mandi berselam, kita mandi bertimba
Maksud : Orang lain mendapat untung yang berlipat kali ganda sedangkan kita hanya untung sedikit
Ringan tulang, berat perut
Maksud : Orang yang rajin bekerja akan beroleh banyak rezeki
Rumah sudah pahat berbunyi
Maksud : Mengemukakan pendapat sesudah sesuatu perkara itu diputuskan
Tiada rotan, akar pun berguna
Maksud : Kalau tiada yang lebih baik, pengganti yang sedia ada/ kurang baik pun boleh digunakan
source:http://saujanamata.blogspot.com
0 ulasan:
Catat Ulasan