Read this introduction for BM essay:
Tajuk: Peranan rakyat dalam pembangunan negara
Pascakemerdekaan negara Malaysia telah menyaksikan pertumbuhan yang pesat, rancak dan drastik dalam rencaman bidang perdana dan dominan. Dalam menongkah, meniti dan menelusuri arus deras modenisasi dan globalisasi yang menerjah negara, negara kita telah banyak mengalami anjakan paradigma daripada sebauh negara mundur kepada sebuah negara maju. Pada zaman muasir ini, negara kita telah berusaha gigih bagi lebah menghimpun madu untuk menempa kejayaan serta mendukung, melestarikan dan merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020 agar dapat "berdiri sama tinggi, duduk sama rendah" dengan negara atas angin dan gergasi di persada mayapada. Sebagai seorang rakyat yang cinta akan ibu pertiwi kita, memang tidak dapat disangkalkan bahawa kita memainkan peranan yang vital, signifikan dan mustahak dalam proses pembangunan negara. Persoalannya, sanggupkan kita melihat negara kita terus berada pada takuk lama tanpa berikhtiar dan berikrar untuk memperkasakan kemajuan negara? Apakah peranan setiap rakyat dalam proses pembangunan untuk mengemudi negara kita ke arah kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan? Jauhari jua yang mengenal manikam. Tepuk dada tanyalah selera.
Translate/Tukar Bahasa
[kata-orang]
Peranan rakyat dalam pembangunan negara
Dicatat oleh matehati di 2:27 PTG Label: BM, Contoh karangan, Peranan rakyat dalam pembangunan negara, Tips karangan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
The use of bombastic words in BM essay is higly encouraged. If you want to get a 80 marks above which is "cemerlang" for your BM long essay, you surely must include bombastic words. If your essay is good and hardly has any mistakes but no bombastic words, the examiners would give you about 70 marks only that is "kepujian".