Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 Tahun 2011
Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh 2012Para pelajar Tahun 6 atau Darjah 6 sekolah kebangsaan yang akan menduduki UPSR 2010 dan berminat untuk memasuki Tingkatan 1 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pada tahun 2011 adalah dipelawa untuk membuat permohonan sekarang. Ketika ini terdapat 53 buah SBP di seluruh negara yang menyediakan tempat untuk pelajar Tingkatan 1.
Aliran
Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua aliran Sekolah Berasrama Penuh iatu aliran sains dan aliran agama. Setiap aliran SBP ini menawarkan sedikit perbezaan pakej mata pelajaran. Ketika ini terdapat 39 buah SBP aliran Sains dan 14 buah SBP aliran Agama di seluruh negara.
Pakej Mata Pelajaran
Pakej mata pelajaran yang ditawarkan untuk setiap aliran adalah seperti berikut;
Sains
Bahasa Melayu, English, Science, Mathematics, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/ Moral, Bahasa Antarabangsa (Arab/ Jepun/ Jerman/ Perancis/ Mandarin)
Agama
Bahasa Melayu, English, Science, Mathematics, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/Moral, Bahasa Arab (Komunikasi), Bahasa Antarabangsa (Jepun/ Jerman/ Perancis/ Mandarin)
Permohonan SBP Tingkatan 1 2011
- Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2011 ini perlu dibuat dengan mengisi borang secara online di portal permohonan atas talian yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Pemohon dikehendaki mencetak Borang Permohonan ini sebanyak dua salinan. Salinan pertama perlu dihantar kepada guru besar sekolah asal pemohon dan salinan kedua dihantar kepada pengetua sekolah berasrama penuh (SBP) yang dipilih.
Tarikh Tutup
- Permohonan untuk ke Tingkatan 1 SBP 2011 akan ditutup pada 15 Oktober 2010 dilanjutkan sehingga 22 Oktober 2010.
- Keputusan permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 SBP 2011 ini dijangka akan diumumkan pada penghujung bulan Disember 2010.
Maklumat
- Sila kunjungi Sistem Permohonan Atas Talian Ke Tingkatan 1 SBP untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat lanjut.
- Sila semak Senarai SBP untuk mengetahui SBP dan aliran yang ditawarkan.
- Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan atau telefon 03 8321 7400 atau faks 03 8321 7403/ 7402.
- Pertanyaan boleh juga dibuat di Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 atau emel kpkpm@moe.gov.my
- Anda boleh juga semak komen-komen di Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2010.
0 ulasan:
Catat Ulasan