Unsur keindahan bahasa sangat penting dalam penulisan karangan terutamanya karangan SPM. Oleh yang demikian, calon-calon hendaklah mengingati sekurang-kurangnya 10 peribahasa yang sesuai untuk digunakan dalam karangan. Pilihlah peribahasa yang popular dan sesuai. Elakkan daripada menggunakan peribahasa yang tidak mantap dan tidak tahu sumbernya. Antara peribahasa yang sering digunakan termasuklah;
Peribahasa,Maksud dan Contoh ayat
1. Bagai berkain tiga hasta.
Makna: Serba tak cukup (miskin).
Sama erti: 1. Berkain tak cukup seblit pinggang. 2. Berkayuh
sampan bocor. 3. Kain dibakar tiada berbau. 4. Sudah dahaga
sampai pula telaga kering. 5. Teranggit-anggit seperti rumput
di pintu. 6. Tertelentang berisi air, tertiarap berisi tanah.
7. Telentang berbumbungkan langit, meniarap berlantaikan tanah.
Contoh: Sejak kematian suaminya, mak limah terpaksa bekerja
keras untuk menyara makan minum anaknya yang ramai. Keadaan
hidupnya sekarang bagai berkain tiga hasta.
2. Bagai bersahabat dengan ular.
Makna: Berkawan dengan orang yang jahat.
Sama erti:
Contoh: Ali sudah pandai balik lewat malam dan sudah pandai
melawan nasihat ibubapanya. Sikapnya mula beruabah sejak ia
berkawan dengan orang-orang di persimpangan kedai itu. Pergualan
Ali ini bagai bersahabat dengan ular, kerana perangai yang jahat
itu dapat mempengaruhinya.
3. Bagai berseru di padang pasir.
Makna: Seruan yang tidak diendahkan orang.
Sama erti: Seperti memekik di tengah padang luas.
Contoh: Walaupun telah beberapa kali wakil rakyat itu meminta
supaya penduduk di kawasan perumahan itu bersatu untuk menjaga
keharmonian, tetapi tidak ada kata sepakat dan tidak dipedulikan
sahaja. Seruannya bagai berseru di padang pasir.
0 ulasan:
Catat Ulasan